CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 26, 2008

Kenapa serunding??

Hari-hari berlalu seperti ada kekosongan dan kelompangan. Rindu pada keluarga serta kampung halaman tak dapat saya gambarkan tambahan pula, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak pulang ke kampung. Walaupun sekarang bukanlah musim-musim perayaan tetapi ingatan saya terhadap serunding daging buatan mak terbayang-bayang di mata. Betapa nikmatnya tidak dapat saya gambarkan.


KENAPA SERUNDING??

Tiap-tiap kali sambutan hari raya, saya selalu berbalah dengan adik dan kakak saya mengenai hal yang remeh ini. Halnya samada nak buat serunding atau gulai. Bolehlah dikatakan SERUNDING DAGING vs GULAI DAGING.. Tetapi selalunya mak akan menangkan saya dan bersetuju untuk membuat serunding daging, maka merajuklah adik-adik saya lantas menarik muka masam. Walaupun begitu mak akan buatkan juga gulai daging untuk menggembirakan adik-adik dan kakak saya. Hal yang sama juga berlaku apabila hendak putuskan samada nak buat ketupat juga ker walaupun dah buat lemang sebanyak 18 batang.. Lucu, tetapi itulah yang berlaku sepanjang hampir 5 tahun kebelakangan ini. Bagi saya ada sebabnya kenapa saya sangat menyukai dan saya ingin mengisahkannya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

KENAPA??

Oleh kerana saya sahaja yang 'bersemangat' untuk membuat serunding maka adik-adik saya sama sekali tidak membantu dalam proses penyediaannya malah mereka mengambil keputusan untuk melakukan perkara lain. Betapa rumitnya saya rasakan walaupun hanya 1 kg daging dan disebabkan itulah mereka tidak bersetuju mak untuk membuatnya. Dari merebus daging hinggalah ia empuk kemudian mericik-riciknya menjadi halus dengan tangan (part ni yang paling menyeksakan). Seterusnya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan hinggalah proses untuk memasaknya. Sepanjang proses memasak serunding (juga part yang menyeksakan) saya terpaksa mem'volunteer'kan diri untuk menggorengnya kerana sayalah yang beriya-iya, jadi sayalah yang perlu bertanggungjawab. Proses memasaknya memakan masa hampir 1 jam sehingga semuanya menjadi kering. Serunding hangit menjadi perkara yang paling saya takuti, walaupun masih boleh dimakan tetapi "feel" tu dah kurang bagi saya.

SECEBIS NIKMAT..

Yang paling best apabila dah settle semuanya dan dihidang semasa berbuka. Gembiranya adik-adik saya memakan serunding tersebut.. asalnya tak bersetuju tetapi suka pula apabila dah terhidang di depan mata. Sebenarnya saya tidak menggemari serunding kerana ia agak pedas tetapi suka membuatnya (dengan bantuan mak). Pelik tetapi itulah hakikatnya. Perasaan gembira apabila saudara mara yang datang ke rumah menikmati serunding tersebut.

Teringat kata-kata Mak semasa saya hendak pergi belajar di Kelantan. Jalan dari Kedah ke Kelantan amat memeritkan jiwa, mana tidaknya bersimpang siur dan berbukit. Tidak tahan dengan keadaan tersebut saya mengadu kepada mak. Mak saya cakap, nak ke tempat baik,begitulah..bukan mudah,nak ke Kuala Lumpur senang naik je highway terus sampai. Nak dapat kesenangan dan kegembiraan bukan mudah, kena hadapi kesusahan dahulu. Betullah apa yang mak saya cakapkan, selepas 2 tahun di sana,saya rasa semacam tidak mahu meninggalkan Negeri Cik Siti tersebut disebabkan ketenangan dan kedamaian yang terdapat disana yang sukar diperolehi di tempat lain.

Begitulah juga dengan kisah Serunding tadi, kalau tak mahu bersusah payah manakan dapat hasilnya. Kalau hendak membeli sekalipun, harganya agak mahal. Proses untuk menghasilkan serunding ni sebenarnya melatih kita untuk bersabar, kata mak. Yer tak ya juga, fikir saya. Kalau begitu kena buat serunding selalulah untuk melatih kita bersabar??

Bukan itu maksudnya, tetapi sebenarnya sifat sabar itu boleh dididik dan dibentuk. Bukan mudah untuk bersabar. Saya sendiri kadang-kala sukar untuk mempraktikkannya. Ada beberapa orang sahabat, di mana saya sangat mengagumi sifat kesabaran mereka. Bahkan sanggup bersabar dengan kerenah saya yang kadang-kala menguji "ketahanan mental" mereka..

Begitulah hidup, kena selalu ada check n balance. Bertuahnya juga hidup ini dikelilingi dengan pelbagai rencah hidup, ada yang kadang-kala terlalu manis, pahit dan tak kurang juga masinnya..Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
~Sayang Mak n Ayah~

Waallhua'alam..

Saturday, March 22, 2008

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Pada kali ini, terdorong saya untuk publishkan sebuah kisah tentang Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing. Seorang sahabat yang telah berikan saya cerita ni.. saya pernah mendengar tetapi tidaklah betul-betul menghayatinya. Jadi apa salahnya jika kita membacanya sekali lagi dan mengambil iktibar dari kisah ini.

++ Bermulalah kisah ++

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".


++ Apatah lagi kita sebagai hamba yang lemah lagi dhaif..yang menggunakan segala nikmatNya, mengharapkan ihsanNya semata-mata & tidak terbayar dengan segala ibadah yang kita lakukan ++

Waallahua'alam..

Wednesday, March 19, 2008

"Sempena Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1429 Hijrah"

Menjadi kelaziman bagi rata-rata masyarakat malaysia, untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran seseorang. Pelbagai aktiviti dibuat untuk memeriahkan sambutan itu. Dan kelangsungan dari itu juga,menjadi kelaziman bagi masyarakat islam di malaysia, untuk meyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 rabiul awal pada setiap tahun walaupun tidak semeriah sambutan hari kemrdekaan, tapi cukup untuk mengingatka kita bahawa baginda adalah rahmatan lil aýlamin.

Sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh junjungan besar kita untuk menyambut hari lahirnya, tetapi disandarkan diatas beberapa pendapat ulamaý bahawa sambutan maulidur rasul dapat menyedarkan semula ummah ini tentang perjuangan rasulullah, maka ia diharuskan. Beberapa contoh pendapat ulama'


Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.
Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.
Justeru itu, penting bagi kita umat akhir zaman ini untuk melihat kembali diri kita yang kadang kala lari dari syariat islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mengerjakan amal seharian kita. Melalui AlQuran dan sunnah serta sirah perjuangan rasulý kita menilai kembali betapa peri pentingnya kita meletakkan semula islam ditempat yang sepatutnya. Dan melalui maulidul rasul kita mengingati rasulullah dan menghayati islam itu dari perspektif yang sebenar. Mari kita sama-sama jadikan 12 rabiul awal 1429 h bersamaan dengan 20 mac 2008 sebagai satu titik tolak untuk berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada lebih bagus. Bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kita kepada rasulullah selain daripada melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah melalui rasulNya, cuba mengikuti segala sunnahnya, mahu mengkaji segala sirahnya, dan berkehandak mencontohi segala akhlaknya. Insan agung yang namanya banyak dirakamkan di dalam Aquran dan penghulu segala nabi dan rasul. Ummatnya umat terbaik di kalangan semua umat. Marilah kita semua menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar; semoga apa yang kita lakukan mendapat redho Allah dan rasulNya. InsyaAllah.

pemuda insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)"

Tuesday, March 18, 2008

++ B'Coz We LoVe Him ++

Islamik Testimonial
Dapatkan Free Testimonial DiSINI

Monday, March 17, 2008

Hidup untuk memberi..

Kini genap sebulan saya meninggalkan Kg Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Teringat saya akan kenangan & pengalaman yang kadang-kala sukar untuk diperolehi..

Tiada yang lebih menggembirakan hati ibu bapa yang telah tua melainkan mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas dari anak-anak mereka.Setelah hampir 1 minggu saya menyertai OPKIM anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan, saya mengerti dan memahami,saya dapat melihat serta nampak bahawa pentingnya hidup ini adalah untuk memberi.Sedar bahawa diri kita bukanlah hak milik persendirian bahkan adalah hak milik semua orang disekeliling kita.

Mendekati dan memahami masyarakat kampung serta keadaan sekelilingnya adalah satu pengalaman serta perasaan yang amat berharga yang tidak dapat saya ungkapkan.Menjadi cucu /anak angkat kepada seorang nenek berusia 73 tahun membuatkan saya berfikir panjang.Sampai sahaja diterataknya di Kg Tanggai,Johol menimbulkan banyak persoalan diminda saya.

KESEPIAN

Begitulah keadaannya apabila sudah tua dan ditinggalkan anak-anak kerana masing-masing sibuk mencari nafkah dibandar.Rumah ‘wan’ sedikit bising dengan kehadiran kami disusuli dengan hilai ketawa saya dan sahabat saya ‘Awe’. Berbeza dengan keadaan di rumah atuk saya di kg, rumahnya sentiasa dikunjungi serta hidup suasananya. Apabila ada waktu senggang jika tiada aktiviti yang dijalankan saya dan sahabat saya berbual-bual bersama wan sambil menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Maklum sahajalah segalanya agak berbeza termasuklah makanan sehinggalah percakapan. Bak kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”.. Menurut wan, anak-anaknya masing-masing berkerjaya serta sukar untuk pulang..Bagaimanalah keadaan wan sebelum dan selepas kehadiran kami bahkan juga dia telah mengalaminya sudah bertahun-tahun.

KASIH-SAYANG

Semasa perasmian OPKIM dijalankan, Tok Karim(Ketua Kampung Tanggai) ada memberitahu bahawa ramai penduduk di kampungnya masing-masing hendak mengambil anak angkat di kalangan kami.Saya hairan dan agak teruja. Pada hemat saya, cukuplah dengan bilangan anak yang ada di rumah kenapa perlu ditambah dengan yang baru. Andaian saya silap sama sekali, sebenarnya bukanlah bilangan yang menjadi perkiraan tetapi limpahan kasih sayang yang diutamakan. Setiap dari batang tubuh diri kita adalah berharga bagi orang disekeliling kita. Ketika saya beramah mesra dengan seorang Pak Cik, beliau memberitahu saya bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Hatta RM 1O pun yang kita berikan kepada mereka dengan penuh rasa kasih sayang itu sudah cukup bermakna kepada mereka. Bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun yang mereka idamkan tetapi kasih sayang dan perhatian yang mereka mahukan. Insaf saya mengingatkan perbualan itu kerana ketika pada saat itu pak cik tersebut sedang mengendong anaknya lelakinya yang bongsu dan itulah harapan beliau kepada anaknya kelak.

KITA SERUPA

Program motivasi yang telah di anjurkan di sebuah sekolah sedikit sebanyak memberi ruang & peluang untuk sama-sama koreksi dan mengenali diri masing-masing. Matlamat yang sama, tujuan yang juga sama malahan mempunyai latar belakang keluarga yang sama membuatkan saya memahami sedikit sebanyak perasaan adik-adik yang berusia 12 tahun ini. Perasaan yang sama ketika saya di bangku sekolah dahulu. Apa sahaja yang adik-adik tersebut luahkan terasa seperti diri saya dahulu. Begitulah keinginan dan impian seorang anak kampung yang mahukan sedikit perubahan dalam hidupnya. Insyaallah berkat hasil usaha, mereka akan berjaya serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara..

Sementara masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati nikmatNya, marilah kita sama-sama memberi dengan semaksima mungkin kerana telah banyak yang dikurniakanNya, jadi tidak salah jika kita memberi dengan seadanya..kerana kita bernafas kerana Allah..

Monday, March 3, 2008

Ada apa dengan seekor lipas..

KISAH 1 :

Setelah selesai aktiviti di awal pagi, saya menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk mengisi perut di pagi hari. Kelihatan bekas makanan yang berisi sup sayur masih tidak bersentuh. Tanpa berfikir panjang saya pun mengambil semua bekas-bekas tersebut dan meletakkannya di sinki untuk dicuci.

Alangkah terkejutnya saya apabila membuka bekas tersebut dan mendapati seekor lipas telah mati "kelemasan" di dalam mangkuk sup sayur. Kepalanya terbenam di dalam sayur manakala ekornya berada di atas. Geli serta bermacam-macam perasaan yang timbul. Begitulah riwayat seekor lipas yang akhirnya menemui ajalnya..

KISAH 2 :

Setiap Isnin dan Rabu,pukul 12 tengahari adalah kuliah untuk subjek Bio of Organism. Hari ini kami belajar tentang Phylum Antropoda. Ya..saya sangat teruja untuk kuliah pada kali ini kerana kami semua belajar tentang makhluk istimewa ciptaan Allah Taala. Terdapat banyak kelas dalam phylum ini. Serta banyaklah species yang terdapat dalam setiap kelas ini dan diantaranya ialah lipas. Pensyarah saya berkata, lipas ialah seekor makhluk tuhan yang unik. Ye ker ujar saya pada mulanya. Langsung tidak saya fikirkan. Tambahnya lagi, kita boleh menjadi kawan yang baik serta seronok mengkaji tentang setiap bahagian badan lipas terutamanya di bahagian abdomen serta pernafasannya. Lantas saya teringat tentang peristiwa "lemasnya" seekor lipas di rumah saya..

KESIMPULAN :
Setelah sekian lama saya mengenali lipas, pada hari itulah saya mengerti bahawa tiada yang di ciptakan Allah adalah sia-sia sahaja. Semua makhluk ciptaan Allah adalah sama pentingnya. Perasaan jijik serta meloyakan itu saya utamakan tanpa berfikir bahawa ia juga makhlukNya dan juga ciptaanNya. Walaupun badannya kecil hanyalah kira-kira sebesar 2 jari tangan, tetapi ia mempunyai sistem respirasi yang sangat cekap yang hampir sama dengan kecekapan respirasi manusia. Betapa rendahnya saya memandang nilai seekor lipas.Terkelu saya saya apabila pensyarah saya mengatakan sedemikian. Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari sebagai hamba Allah, bermacam-macam perkara yang berkaitan. Nilai bersyukurnya menjadi seorang insan..Mudah kita sebut tetapi payah untuk kita realisasikannya. Hidup ini bukan kekal selamanya. Entah-entah mati tanpa diduga seperti kisah lipas yang saya ceritakan tadi..Wal i'ya zubillah..

Saturday, March 1, 2008

Aku & Engkau..

Sejak kebelakangan ini, kerapkali sahabat-sahabat menegur saya akan perubahan yang berlaku.. ada yang juga tidak kurang bertanyakan bagaimana keadaan saya sekarang.Hairan menjengah di minda saya.Apakah sebenarnya yang berlaku..

Saya bersyukur kerana walaupun kekeliruan yang berlaku masih ada sahabat-sahabat yang mengambil berat ke atas diri saya. Tidak kira senang atau susah, masih ada yang sudi menerima diri saya seadanya. Walaupun kadangkala hidup ini bukanlah semudah yang di jangka tetapi berkat sokongan & dorongan sahabat yang berada di landasan perjuangan yang sama memberi kekuatan serta inspirasi untuk terus thabat dalam apa jua keadaan..

Pernahkah anda semua mendengar ukhwah kulit bawang??
Saya pernah mendengarnya, tapi entah berapa kali saya sendiri pun tak terkira..Entahlah, saya sendiri pun tidak dapat mengungkapkan makna yang tersirat di sebaliknya..ya, mungkin, atau tidak saya merasakan semuanya pernah berlaku dalam hidup kita sehari-hari.

Mafhum ayat Allah dalam surah al-Hujurat : 10
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

Saya tidaklah berniat untuk berbicara panjang mengenai hal ini, cukuplah sekadar kita ketahui bahawa sentiasa ada sahabat-sahabat yang menyayangi serta mengasihi kita seperti saudara mara mereka sendiri & juga pentingnya orang yang berada di sekeliling kita..kerana merekalah banyak pengalaman serta iktibar yang kita perolehi untuk kita terus survive di muka bumi Allah yang fana' ini..

Terima kasih sahabat-sahabat..