Melalui detik-detik yang agak menyukarkan..
Walaupun begitu marilah kita meneliti dan berfikir sejenak setiap situasi dibawah :
Situasi Y :
CLOXACILLIN SODIUM CAPSULES 250 mg
Telan DUA(2) kapsul EMPAT(4) kali sehari
Take an haur before food or on an empty stomach, at regular intervals.
Complete the prescribe course..
"cik,habiskan sume ubat-ubat ni & pastikan mengikut aturannya ya.."
"sume ni??? ".. banyaknyer..
"a'ah..kalau dah habis, datang ambil semula ok.."
"Biar betol nurse ni.." (monolog dalaman)
Situasi X:
Minyak But-But
Digunakan secara Tradisional
- sebagai minyak sapu @
- ubat urut untuk kesakitan anggota badan.
*sebagai persediaan tradisional
*jika penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor..
Situasi S:
"Yakinlah dan tawakal Allah akan menyembuhkan segala penyakit.
Selalulah membaca selawat Syifa'..Ingatlah Allah selalu..Allahlah penyembuhnya, ubat-ubatan tu sebagai wasilahnya sahaja.."
Situasi M:
Ahh..tak boleh dilayan sangat penyakit ni. Semakin dilayan semakin sakit. Nampak macam budak-budak jer.Ini tak betul..itu pun tak betul. Menyusahkan!!
Situasi K:
"Bomoh kat kg seberang tu memang menjadi. Sekali jer kitorang pergi, esoknya dah sembuh penyakit si Minah tu. Hebat betul la bomoh tu.. bagitahu kat Ali kampung tengah tu, minta dia pergi kat bomoh tu jugak.. Tak payah menghabihkan duit dan buang masa pergi hospital.."
KESIMPULAN :
- Begitulah situasi kita seadanya sebagai seorang insan. Tidak terlepas dari sebarang pergantungan. Semakin banyak masalah semakin tinggi kadar pergantungan kita kepada Allah. Sewaktu berborak dengan seorang sahabat.. "kenapa ek, kalau sebelum tidur kita mampu tuk baca doa..tapi bila dah terbangun terlupa pulak nak baca doa".. berfikir dan terus berfikir, sahabat saya menjawab "manusia bila nak sesuatu kita akan berusaha tuk mendapatkannya tetapi bila dapat lupa segalanya..begitulah sebelum tidur, minta dipanjangkan umur,diampunkan dosa & bila dah panjang umur terlupa pula.
- Beberapa situasi diatas membuktikan kita perlukan usaha dan juga tawakal.. hanya bertawakal tanpa berusaha tak menjanjikan apa-apa dan juga sebaliknya.
- Menanti saat-saat hampirnya peperiksaan akhir, kebergantungan pada Allah menjadi keutamaan disamping seiring dengan pecutan usaha yang terakhir..Semoga segala usaha diberkati Allah..
~Adikku Musfirah~