CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 17, 2008

Ubat Yakin???

Melalui detik-detik yang agak menyukarkan..
Walaupun begitu marilah kita meneliti dan berfikir sejenak setiap situasi dibawah :


Situasi Y :

CLOXACILLIN SODIUM CAPSULES 250 mg
Telan DUA(2) kapsul EMPAT(4) kali sehari
Take an haur before food or on an empty stomach, at regular intervals.
Complete the prescribe course..

"cik,habiskan sume ubat-ubat ni & pastikan mengikut aturannya ya.."
"sume ni??? ".. banyaknyer..
"a'ah..kalau dah habis, datang ambil semula ok.."
"Biar betol nurse ni.." (monolog dalaman)

Situasi X:

Minyak But-But
Digunakan secara Tradisional
- sebagai minyak sapu @
- ubat urut untuk kesakitan anggota badan.

*
sebagai persediaan tradisional
*jika penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor..

Situasi S:

"Yakinlah dan tawakal Allah akan menyembuhkan segala penyakit.
Selalulah membaca selawat Syifa'..Ingatlah Allah selalu..Allahlah penyembuhnya, ubat-ubatan tu sebagai wasilahnya sahaja.."

Situasi M:

Ahh..tak boleh dilayan sangat penyakit ni. Semakin dilayan semakin sakit. Nampak macam budak-budak jer.Ini tak betul..itu pun tak betul. Menyusahkan!!

Situasi K:

"Bomoh kat kg seberang tu memang menjadi. Sekali jer kitorang pergi, esoknya dah sembuh penyakit si Minah tu. Hebat betul la bomoh tu.. bagitahu kat Ali kampung tengah tu, minta dia pergi kat bomoh tu jugak.. Tak payah menghabihkan duit dan buang masa pergi hospital.."

KESIMPULAN :


  • Begitulah situasi kita seadanya sebagai seorang insan. Tidak terlepas dari sebarang pergantungan. Semakin banyak masalah semakin tinggi kadar pergantungan kita kepada Allah. Sewaktu berborak dengan seorang sahabat.. "kenapa ek, kalau sebelum tidur kita mampu tuk baca doa..tapi bila dah terbangun terlupa pulak nak baca doa".. berfikir dan terus berfikir, sahabat saya menjawab "manusia bila nak sesuatu kita akan berusaha tuk mendapatkannya tetapi bila dapat lupa segalanya..begitulah sebelum tidur, minta dipanjangkan umur,diampunkan dosa & bila dah panjang umur terlupa pula.
  • Beberapa situasi diatas membuktikan kita perlukan usaha dan juga tawakal.. hanya bertawakal tanpa berusaha tak menjanjikan apa-apa dan juga sebaliknya.
  • Menanti saat-saat hampirnya peperiksaan akhir, kebergantungan pada Allah menjadi keutamaan disamping seiring dengan pecutan usaha yang terakhir..Semoga segala usaha diberkati Allah..
"Andai kita ditakdirkan Allah kembali di sisiNya saat ini, mampukah kita berhadapan denganNya Yang Maha Esa. Sudah bersediakah kita menemuiNya. Alangkah bahagia kita jika persediaan menghadapi akhirat kelak sehangat persediaan kita menghadapi final exam di dunia sementara ini. Ayuh sahabat, dalam kemelut peperiksaan duniawi, usah diabai peperiksaan ukhrawi. Agar tidak sia-sia kelelahan ini."
~Adikku Musfirah~


Tuesday, April 15, 2008

++ Bila diri menyembah bumi ++


Bila diri menyembah bumi
tersingkap segala episod
terbayang di kotak minda
atas apa yang berlaku
bernafas lagi di bumi Ilahi
takut..
cemas dan bimbang..
sebaliknya terjadi
tersedar diri
bila dikejut
petugas Ilahi..

Ujian..
Satu rahmat
Satu nilaian tarbiah
kejutan dari lamunan indah
buatku sedar...
aku hambaNya
yang lemah
terleka dengan habuan sementara
yang tidak menjanjikan apa-apa..

Ujian itu
satu penawar..
supaya ku faham..
supaya ku hadam
maknanya
sebuah kehidupan..

Aku mengerti
Aku memahami
kubersyukur..
atas kehendak Dia jualah
dipanjangkan skala kehidupan
untuk satu tempoh percubaan..

Kadangkala hidup ini susah..
jua mudah..
juga diantaranya..
berdiri dan terus berdiri
tanpa gusar atau bimbang..
percayalah..
terbimbing kita dijalanNya

Ku berpesan pada hati..
Segala takdir Ilahi
Hikmahnya berganda
atas segala perancangaNya
Ingatlah..
setiap aturanNya
menjanjikan terbaik untuk diri kita..

~aKu BeRnaFas KeRaNa AllaH~

Monday, April 7, 2008

Siapa ia sebenarnya??

Makhluk Allah yang yang bernama Spirulina ialah :

  • alga yang berwarna hijau biru (blue-green algae)
  • diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud lingkaran @ helix
  • Mengandungi kadar kepekatan kebanyakan nutrien lain yang tinggi spt Asid Amino, pigmen, enzim dan pelbagai lagi.

Seperti biasa untuk kuliah Bio of Organism, ada saja benda baru yang diperolehi.. kali ini saya nak share sesuatu yang agak menarik. Nak kenal seseorang sekalipun, mestilah tahu sedikit latar belakang orang tersebut. Jadi kali ini kita berkenalan dengan sejenis alga iaitu spirulina.

Domain : Bacteria
Phylum : Cyanobacteria
Class : Chroobacteria
Order : Oscillatoriales
Family : Phormidiaceae

Begitulah susur galur spirulina. Terkenalnya spirulina sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Kata orang, harganya sangat berbaloi dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.

Tertarik dengan kata-kata lecturer saya. Kata beliau, selalunya habitat spirulina di tasik-tasik, sesetengahnya di kawasan yang kaya dengan garam dan kata beliau lagi sesetengahnya tumbuh di longkang-longkang dan tempat yang boleh dikatakan kita sendiri pun tidak mahu melihatnya.

Kata beliau lagi, selepas dituai dan diproses menjadi pil, minuman dan sebagainya harganya sangat tinggi hingga boleh mencecah ratusan ringgit. Selalunya fitrah kita sebagai insan umumnya menginginkan yang terbaik untuk kesihatan kita malahan sanggup berbelanja besar deminya.

Walhal jika kita selidiki, ianya berasal dari tempat yang kotor dan apabila di botolkan ia menjadi bersih dan kita terlupa semua itu. Semua pelajar terlopong apabila terdengar kata-kata
lecturer tersebut (termasuklah saya). Eh, tak perasan pula sebelum ni.. Bunyi suara-suara kecil berbisik menyatakan perasaan masing-masing.

Walaubagaimana pun janganlah kita terus berprasangka buruk kerana seburuk-buruk asalnya spirulina ini, Allah telah lengkapkannya dengan sistem yang lengkap serta sempurna untuknya. Jika tidak, mana mungkin ia menjadi salah satu daripada ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar penyakit berisiko tinggi..Subhanallah

Sila jawab soalan ini.. (sila bulatkan di dalam hati)
1. Air apakah yang paling banyak mengandungi bakteria??
a) Air mata air
b) Air barli
c) Air Tebu
d) Air Merah + biji selasih

Teringat juga kata-kata cikgu Biologi saya semasa saya di ting 5, bagi sesiapa yang meminati air tebu juga perlu berhati-hati..kenapa dan mengapa?? kata cikgu Rubiah, sistem pengangkutannya akan berfungsi dengan efisien sekali apabila ia masih hidup walaupun ia
ditanam di sekitar kawasan lumpur dan kotor airnya..akan tetapi terhenti fungsinya apabila batang tebu tadi dipisahkan dari akarnya (dituai). Cuba BAYANGkan apabila batang-batang tebu tadi dilonggok-longgok di kawasan yang berair dan kotor pula.. Bagaimana??

Batang-batang tebu tadi akan terus menyerap air kerana strukturnya yang lebih bersifat seperti span tetapi pada kali ini sistemnya sudah tidak berfungsi seperti sedia kala. Maka, tebu-tebu tadi di proses dan dijadikan minuman untuk menghilangkan dahaga di siang hari. Alhamdulilah nikmatnya..

Tetapi jangan terkejut jika setelah dibuat kajian menyatakan bahawa air TEBUlah yang paling banyak terdapat bakteria di dalamnya. Hal ini kerana apabila terpotongnya akar daripada batang tebu tadi maka hilanglah keseluruhan fungsi dan kecekapannya..
P/S : teragak-agak untuk minum air tebu selepas ini??

Wallahu'alam..
Mari kita sama-sama renungkan..

  • Kita semua sama (makhluk Allah) ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tetapi kitalah yang perlu berusaha untuk menjadikan diri kita di tahap dan peringkat mana." Binalah kemampuan diri berdasarkan kelebihan diri sendiri dan bukanlah dengan kekurangan" -Dr Fadzilah Kamsah-
  • Nikmat Iman & Islam yang diberikan.. sekali sahaja Allah tarik segala nikmat tersebut, sudah tidak bernilai diri kita walau hebat manapun diri kita..Jadi jangan sombong dengan 'HIDAYAH' yang telah diberikan..