CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 10, 2008

Normal @ Paranormal???

Lucu saya rasakan apabila terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini..Walaubagaimanapun Insyaallah dapat menjadi peringatan kepada diri saya juga. Tajuknya...

Arahan tutup lampu waktu rehat!!!

"SUNGKAI 15 Jun – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dikehendaki memadamkan alat pendingin hawa dan lampu pejabat pada waktu rehat makan tengah hari bagi membantu kerajaan menangani masalah ekonomi akibat kenaikan harga minyak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, selain menjimatkan penggunaan elektrik pada waktu siang, PBT juga diingatkan supaya memastikan lampu jalan hanya dipasang pada waktu malam bagi mengelakkan pembaziran.

Pada masa yang sama, katanya, kementerian turut mengarahkan semua projek pengindahan kawasan PBT, termasuk pembinaan pintu gerbang yang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada rakyat, dikurangkan.

“Kita harap PBT sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menggunakan alat elektrik seperti lampu jalan akan hanya dipasang pada masa tertentu manakala alat pendingin hawa ditetapkan pada satu suhu sahaja.

“Alat pendingin hawa perlu dipadamkan pada masa rehat tengah hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Baru Sungkai di sini hari ini.

Menurut Ka Chuan, bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati kemudahan asas yang sempurna, kerajaan akan meneruskan projek-projek penyelenggaraan jalan raya dan longkang di kawasan yang berisiko berlaku banjir dan kemalangan.

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan PBT, beliau mengarahkan semua lawatan kerja ke luar negara dihentikan serta-merta manakala tiada jamuan besar-besaran diadakan bagi meraikan kakitangan yang bersara......"



Begitulah kita yang bergelar insan, sudah terhantuk barulah terngadah. Apabila berlaku satu kesusahan barulah beringat. Sedangkan mudah sahaja untuk melakukannya. Cuma perlukan sedikit tenaga (100 Joule pun rasanya tak sampai) untuk mengangkat jari untuk switch off. Itulah tabiat kita, namanya pun insan.. =)

Bila dah melambung bil atau menghadapi masalah, kepala mula ligat berfikir dan menuding jari ke arah yang lain sedangkan 4 jari menuju kepada
DIRI sendiri. Itulah insan.. sememangnya perlu terjadi sesuatu musibah baru beringat. Maka lahirlah pelbagai alternatif untuk mengurangkan tekanan situasi. Baguslah kerana berlakunya satu anjakan..

Exam?? Situasi yang hampir 95% berkaitan dengan tajuk juga.Biasalah..tak perlu saya ceritakan panjang-panjang (terkena batang hidung sendiri) kerana semua dah sedia maklum.. Itulah insan.. Kadangkala kita semua sudah maklum tetapi entahlah, kita sama-sama fikirlah yer..


p/s : Adakah sikap = Tabiat ???

2008 tahun untuk terus berusaha!!!

Monday, June 9, 2008

++ Let's Share my happiness ++

Alhamdulilah, 25 Mei yang lalu kakak saya selamat diijabkabulkan dan beliau sudahpun bergelar isteri. Syukur alhamdulilah majlis walimah pada 31 Mei juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dengan ini, maka bertambahlah bilangan ahli keluarga dan untuk kali ketiganya, saya menerima abang ipar dalam keluarga. Bersyukur, gembira, sedih dan pelbagai perasaan yang timbul sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas majlis..Walauapapun, saya doakan semoga kakak dan abang saya peroleh kebahagian hingga ke akhir hayat serta hidup sentiasa dalam keberkatanNya Insyaallah. So..let me show the part of the ceremony..

++ Rentetan Majlis Walimah ++

Majlis gotong-royong penduduk kampung (membersihkan ayam)

Acara memerah santan

Bawang dan rempah-ratus yang dah siap..tunggu tuk dimasak jer

Mak-mak sedara sibuk membungkus kuih-kuih tradisional untuk tetamu.

Acara melapah Mr Black..GoOd jOb pak cik!!

Anak-anak sedara : gembira btol dorang =]

Team Marhaban Kampung

Adhock edaran makanan : Cepat & Tepat

Adhock basuh pinggan : rajin btol abg2 nih!!

Adhock Gulai rias pisang : Org utara jer makan gini, laen2 ngri x..

Meja santapan Raja Sehari

My Beloved sis & my big brother: happily ever after Insyaallah

Begitulah sedikit sebanyak gambaran kenduri di kampung. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian semua yang menjayakan majlis ini tanpa mengharapkan sebarang balasan. Inilah kelebihannya bekerja secara kolektif. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hidup ibarat isi dan kuku, saling melengkapi antara satu sama lain..

ComeBaCk !!!


Hampir 2 bulan saya tinggalkan dunia blog ni..Terasa semacam kehilangan satu bahagian hari-hari dalam hidup. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulilah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama berkongsi selagi hayat masih dikandung badan.

Ketawa sahabat saya apabila melihat gambar kartun kat atas ni.. "katun sengal" katanya. Entah kenapa untuk permulaan comeback kali ni saya terasa nak publish gambar ni. Istimewanya kartun ni sebabnya kalau diikutkan umurnya dah menjangkau 21 tahun tapi masih evergreen kat kepala-kepala penggemar kartun yang mengikutinya (yang menontonnya sajala). Maksudnya si ninja-ninja ni dah sebaya dengan sayalah lebih kurang umurnya.

Banyak version cerita kartun TMNT ni, antaranya bermula dengan seorang budak lelaki bernama Yoshi (Master Splinter) membeli 4 ekor kura-kura dan kemudiannya terjadi satu peristiwa yang menukarkan Yoshi menjadi tikus manakala kura-kura tersebut menjadi kura-kura bersifat manusia akibat mutasi yang berlaku. Dilatihnya mereka menjadi ninja yang masing-masing mempunyai watak tersendiri dan kelebihan tertentu untuk menghalang serta mengurangkan kejahatan. Seperti biasa The Shredder watak jahat yang tegar menjadikan cerita ini menjadi semakin menarik untuk diikuti.

Kalau diikutkan, nak sahaja saya ceritakan setiap karenah ninja-ninja humanoid ni. Tetapi bukan niat saya begitu. Leonardo, Donatello, Michelangelo dan Raphael melengkapkan dunia animasi 21 tahun lalu menjadi kenyataan pada masa sekarang. Mana tidaknya, kesan sains dan teknologi yang pesat dan maju dapat kita rasai sekarang. Bagaimana terjadinya apabila mutasi berlaku akibat bahan-bahan kimia yang terdedah kepada haiwan dan juga manusia. 21 tahun dahulu Jepun sudah bekerjasama dengan Amerika untuk menghasilkan cerita-cerita kartun sebegini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda mereka untuk terus menghasilkan penciptaan baru pada masa akan datang.

Penghargaan kepada alam diterjemahkan dalam bentuk penceritaan kartun haiwan. Tikus, haiwan yang agak memualkan dijadikan watak yang hebat dalam TMNT ini. Yoshi atau dikenali sebagai sensei @ Master Splinter menpunyai kehebatan dalam seni pertahanan diri Ninjitsu yang berupaya melatih keempat-empat kura-kura ninja ini. Begitulah, mengetengahkan bahawa setiap yang bernyawa bukanlah sia-sia malahan setiap daripadanya adalah saling memberi dan menerima.

Begitulah sedikit sebanyak untuk comeback saya kali ini. Peringatan untuk diri saya juga, walau sekecil manapun benda atau perkara semuanya adalah berguna kepada diri kita malahan kadangkala yang kecil itulah hikmah. Teringat kata-kata seorang akak sebelum pulang bercuti dahulu, katanya "Sesungguhnya sekecil-kecil kerja itu adalah amanah"..

Mari kita sama-sama hayati maksud ayat Allah dalam Surah An-Naml..

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

19. maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."

Wallahua'lam..