CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 31, 2008

Let Bygone Be Bygone?? ek??

Hmmmmm..the 1429hijra was ended n the new 1430hijra already coming. Lots and lots of story are recovered in past whole year.. But the stories are not alwayz happily ever after hehehe =p (such as cinderella,puteri salju and so on)..I'm gonna makes my english will become manglish again & full of brokeng [broken + english]..


Bercerita tentang past story, banyak kisah menarik sepanjang tahun 1429h ni ataupun lebih & sangat dikenali sebagai tahun 2008. Pulang ke kampung halaman hampir sebulan lamanya..terdengar cerita-cerita warga desa yang agaknya jarang diambil pusing oleh orang ramai. Isu paling menarik adalah berkaitan harga getah. Orang2 kampung & saya yang juga budak kampung agak terkesan dengan situasi tersebut. Mana tidaknya, hampir 85% penduduknya memiliki kebun getah sebagai nasi periuk utama. Hmm, bayangkanlah RM4 per kilo getah turun mendadak dalam masa yang sangat singkat hinggalah mencecah angka RM0.80 per kilo getah.

Kapitalis? sosialis? dan beberapa sistem lain yang agaknya berat jika nak berkongsi dengan jiran-jiran tentang bobroknya sistem yang telah kita guna.


Maka kedengaranlah suara-suara yang negatif dan juga tak kurang positifnya. Terasa tersangatlah lucu bila terdengar suara-suara sumbang yang berkata "haa tengok!! apa yang PAS dah buat..", "laen kali pangkah PAS lagi..kan dah turun harga skrap(susu getah) tu..". tak kurang juga berkata.." ni semua sebab hega skrap dunia merosot dengan mendadakla tu sebab tu skrap kita turun jugak"..ada juga yang berkata " hmm,kita dah rasa hega skrap mahai dulu.. sekarang ni hega turun,biasa la tu" [memang bagusla mak cik yang cakap tu].


Sekadar mendengar dan mengiyakan kadang-kala menambah-nambah apa yang kurang tentang isu ni. Harga barang meningkat dan harga getah menurun. Eventhough harga minyak menurun tetapi ia tidaklah banyak membantu penduduk kampung. Beberapa hari lagi untuk merayakan Aidil Adha, suasana tidaklah semeriah tahun-tahun yang lepas. Ala kadar tetapi banyaklah pula lembu yang dikorbankan tahun ni. Alhamdulilah, berkat niat melakukan korban dapat membantu banyak yang kekurangan. Harga getah turun hampir 2 bulan yang lalu dan kini khabarnya naik sedikit demi sedikit. Alhamdulilah bolehla orang2 Jeneri & orang-orang yang bergelar penoreh getah lain bernafas panjang sedikit.


Peristiwa Tragedi Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan banyak kawasan lain [Akademi Islam tak ketinggalan], banjir di Pantai Timur hu3 dan tak kurang juga hujan yang agak berlarutan di negeri-negeri lain. Ujian, Test, Exam dan sebagainya kepada hambaNya yang sering terleka dan tak kurang juga tidak tersedar pun.

Apa-apa pun tahniah kepada saya, Nur Hidayah bt Abdullah sebab berjaya menghadapi ujian yang agak menggugah kesabaran. Walaupun mudah dek kata orang, tetapi agak sukar bagi yang tidak mencapai status ketinggian yang mencukupi untuk membawa sebuah motor yang bergelar EX5 dan KRIS lama yang tersangat la berat..dan akhirnya Alhamdulillah,yang saya idam-idamkan selama ini dan telahpun berada dalam genggaman saya =p
Tahniah-tahniah!! Insyallah..mari kita bersama menjadikan Tahun Baru Hijrah 1430 ni, tahun untuk lebih berusaha dan terus berusaha sehingga tercapai apa yang kita mahukan. Apa yang baik kita jadikan pedoman dan yang kurang baik dijadikan sempadan untuk di jadikan pembaris pada masa hadapan so..never let bygone be bygone. Kerana pengalaman lampau berharga pada masa hadapan okai!!

I love myself, my DEEN, my family, my friends, my PMIUM, my hometown AND u too =]

++ KERANA KITA INSAN BIASA++

Thursday, December 25, 2008

Apabila anak tekak terasa loya..hu3

Sekali..
dua kali..
saya tidaklah berapa perasan..
hmm, apabila keempat kalinya..sudah terbayang objektif jalan ceritanya=p

Inilah kali pertama saya menonton cerita "kartun" yang agak keterlaluan. Tidaklah pelik kalau saya katakan inilah sebenarnya perangai Yahudi yang jiwa mereka sering dahagakan darah insan yang bernama MUSLIM!!

Lihatlah sahaja serangan bertubi-tubi yang dilancarkan kepada rakyat Palestin yang hampir seminggu lamanya hingga hampir ratusan nyawa ditarik secara suka-sukinya, kerosakan, kemusnahan yang tak terkira dibilang dengan jari yang sepuluh. Malahan kita yang mendengar setiap hari pun kadang-kala sudah "immune" dengan peel Yahudi laknatullah ini.

HAPPY TREE FRIEND??

Kalau sahabat-sahabat tak percaya cuba buka website @ you tube n tontonlah cerita kartun2 yang comel tetapi tersembunyi sesuatu didalam jalan ceritanya. Juz taip "happy tree friend"@ masuk ke websitenya www.happytreefriend.com. Karekter-karekter kartunnya sangat comel..mudah menarik minat sesiapa sahaja tetapi =<.

Berobjektifkan darah dan kematian dalam setiap episodnya membuatkan kepala saya pening dan tak terdaya menontonnya. Tak sampai 10 jalan cerita yang saya tonton, semuanya memualkan dan memeningkan kepala. Yahudi..begitulah diajarnya anak-anak mereka supaya terbiasa dengan darah terutamanya darah-darah Muslim.

So...Teenage Mutant Ninja Turtle is better!!! he3

p/s : sesapa yang kuat & kental jiwa sanubarinya sahaja yang boleh tonton kartun ni..

Thursday, September 4, 2008

Inikah dikatakan hutan belantara??


Tak berdaya saya melihat blog usang yang telah ditinggalkan hampir 3 purnama lamanya. Kalau dibayangkan agaknya dah bersawang dan dipenuhi rumput-rumput liar yang melingkari blog saya ini. Agaknya entah berapa kali comeback yang perlu saya buat untuk setiap kali munculnya artikel yang tidak seberapa ini.

Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. ya!! perlu diteruskan. Untuk kesekian lamanya tak update blog ni..Agaknya bila dah bersawang & semak-samun mula menghuni sesuatu tempat, tidak dapat tidak antara penghuni yang menghuni tempat tersebut adalah binatang-binatang & banyak lagi serangga lain. Harapannya moga tidak berlaku sedemikianlah kepada blog saya ni.. ++ Chaiyok!!! ++

Tuesday, July 29, 2008

Eeiiiii takutnya!!

Mari menghayati dan memahami situasi-situasi dibawah :

SITUASI 1:
"haa..makan cepat!!! mak njang dah datang tu.." kata seorang mak kepada anaknya.
maka dengan pantasnya si kecil ini menghabiskan nasinya dengan sepenuh aksi dan berkerutlah muka si kecil tersebut.. (garang betul mak sedara budak nih!!! =)

SITUASI 2 :

"alamak!! pak guard ada la..camner ni?? kantoi kubro la nanti.." monolog seorang penunggang semasa diatas motornya..

SITUASI 3 :
"Masukla..ntah ada apa dalam bilik tu..hantu2..heheheheheh.." , usik seorang kakak kepada adiknya...

SITUASI 4 :

"Anney..amik syafi ni..", kata seorang ibu kepada anaknya yang terlalu hiperaktif di dalam kereta..maka untuk mendiamkan anak tersebut, dikaitkan pula dengan abg bangla yang sedang tekun bertugas di stesen Petronas..kasihan, terbabit pula dalam hal yang sebegini.. =)

p/s: Situasi diatas adalah benar belaka.


Pernah anda terdengar atau terlibat dalam kes-kes sebegini?? Kalau ya jawapannya, mari kita fikir sekali lagi tindakan kita..


Perasaan takut mengatasi segala-galanya sehinggakan bolehlah diibaratkan perasaan tersebut sebagai pemangkin dalam mempercepatkan gerak laku diri kita..takut itu dan takutkan ini, segala-galanya berkaitan dengan perasaan takut..

Secara lumrahnya, Allah mengurniakan kita pelbagai perasaan, dan takut adalah sebahagian darinya. Dari kecil hingga besar, fikiran kita dipasakkan kukuh dengan perasaan ini selari dengan perasaan-perasaan yang lain. Namun, masalahnya akan berlaku seperti situasi-situasi diatas apabila dilebihkan perasaan takut tersebut kepada tempat yang salah..

Saya pun hairan, budaya kita sangat suka menakut-nakutkan kanak-kanak dengan hantu, waktu malam, hutan dan pel
bagai lagi yang kadang-kala membantutkan pemikiran dan
suasana mereka membesar..

Jadi, bagaimana ya kalau kita nak meletakkan perasaan takut tersebut pada tempatnya??Tak susah kalau kita dapat menerapkan perasaan takut pada tempatnya, maka kita akan lihat tiadalah masalah itu dan juga masalah ini. Tiada rasuah, tiada fitnah memfitnah, tiada anak-anak yang sanggup membuang ibu bapa mereka, politik negara bagus bangat(say no untuk pertelingkahan politik) malahan tiada lagi
kanak-kanak akan takut dengan "hantu".. =)

Saya analogikan seperti kewujudan mikrob-mikrob disekeliling kita. Seronoknya kita dapat makan dengan sudu mahupun tangan. If la, Allah buka hijab kita dengan dunianya, melihatnya sahaja membuatkan kita rasa seperti tak mahu makan. Takutnya dengan kewujudan mereka. Begitulah juga dalam situasi kita kat dunia yang sementara ni..

Terlupa bahawa Dia sentiasa memerhatikan setiap gerak detik & saat segala perbuatan kita, maka terlalailah sementara dengan dunia yang sementara ini..

So...camner nak pasakkan perasaan takut kepada Allah kepada yang kecil mahupun yang besar?? perlukah begini? "eeeiii..takutnya Allah (ganti takutnya hantu..)"=)

Mudah melafazkan tapi bagaimana dengan aplikasinya pula?Ya bermula dengan diri sendiri.. Saya sendiri, anda, kamu dan kita semua..that's better!!

:: Kerana aku insan biasa ::

Tuesday, July 15, 2008

Makhluk halus??

Bagaimanalah situasinya bila kita betul-betul melihat makhluk Allah ni??

Rimas juga saya memikirkannya..anda bagaimana pula?? Nak tak nak, benda-benda halus ni wujud dan ada pula disekeliling kita..Tak nak terima?? terpaksa jugalah kita terima..

p/s : Gambar diatas tiada kena mengena dengan tajuk ni!! harap maaf..

Makhluk halus?? bukan hantu jer..ada lagi makhluk halus yang lebih menakutkan dari hantu. Percaya tak? Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.. Anda tahu tentang bakteria @ virus? Kalau ya,itulah yang sebenarnya saya maksudkan..

Biasalah bagi sesiapa yang belajar tentang makhluk-makhluk halus ni (Science actually) setiap kali masuk lab kena cuci tangan, buat practical dengan penuh berhati-hati, tak boleh main bantai jer..dapat result practical tak betul satu hal & satu hal yang lain pula ia adalah BERBAHAYA!!!!

Terkejut juga bila saya membaca lab manual yang diberi, antaranya ialah "sesetengah mikrob boleh memberi kesan kepada manusia jadi pastikan telah diberitahu oleh pembimbing makmal"..
Risau juga, memandangkan saya akan berkawan dengan makhluk Allah ni sepanjang 2 tahun lagi..Itu hanya saya ambil kira dalam lab, bagaimana pula mikrob-mikrob di luar lab. Demam selesema itu pun salah satu daripadanya.

Saya kongsi sedikit sebanyak pengalaman memandangkan minggu ini lab baru bermula..Itulah peri pentingnya sunah Nabi,membasuh tangan sebelum & selepas makan,membaca doa selepas bersin & kesemuanya berkait rapat dengan makhluk yang sedang kita bicarakan sekarang.

Banyak kelebihan makhluk ciptaan Allah ini dariapada keburukannya. Biarpun kecil tetapi memberi kesan yang mendalam terhadap suasana persekitaran. Mereka "PROACTIVE" terhadap sekeling mereka. Kita insan dan hambaNya lebih-lebih lagilah perlu bertindak lebih proaktif (muhasabah diri yang hina ini)..

Walauapapun badai yang mendatang, saya sudi menerima mikrob-mikrob ini sebagai "kawan" saya sepanjang hidup kerana "mereka" juga adalah hamba & ciptaanNya..

Nak tahu lebih banyak mengenai mereka, baca blog nih http://bakteriabaik.blogspot.com/

:: Aku Bernafas Kerana Allah ::

Tuesday, July 1, 2008

Nilam Puri!!!..I'm back!!

Alhamdulilah..bersyukur saya dipilih Allah untuk menikmati keindahan Kelantan selama seminggu ini. Bersama lebih 40 orang sahabat-sahabat dari KL & MPP JTK NP dengan membawa satu misi penting iaitu (fuhh nampak cam misi yang berbahaya jer) untuk sama-sama menjayakan MHS di Nilam Puri..

Terubat kerinduan di hati melihat keadaan di sekeliling..suasana yang masih seperti setahun lalu, jalan utamanya yang sesak dengan kenderaan, Masjid Kg Laut yang masih berdiri kukuh, gerai-gerai makanan panas masih kedapatan disana tetapi deretan gerai makanan terutamanya gerai Mokheng dah diruntuhkan. Masjid Nilam Puri yang mengalami sedikit perubahan & menjadikannya lebih luas untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

Berlaku perubahan yang agak baik dari aspek infrasruktur APIUM NP. Pelbagai projek yang telah dijalankan & sedikit sebanyak dah merubah lanskap Nilam Puri. Perubahan yang bagus & khabarnya akan berlaku lebih banyak perubahan..Untuk pengetahuan semua sahabat x-NP, sebuah bas UM dah kedapatan disini..alhamdulilah satu nikmat kemudahan untuk adik-adik disini.

Tidak kurang juga dengan tenaga pengajar tetap APIUM NP yang masih 'maintain' seperti dulu. Ustaz Shukri, Ustaz Hazrul, Ustazah Fatimah, Ustaz Alwee, Ustaz Nasr Faroq, Ustaz Hassan.. kesemuanya menimbulkan kenangan yang nostalgik setahun yang lalu..indahnya Nilam Puri.
Pak cik guard & kak guard masih orang yang sama. Setia menjalankan amanah tugas dari dahulu hingga sekarang tanpa rasa jemu & bosan..

Begitulah sedikit sebanyak mengenai suasana Nilam Puri yang amat berbekas dalam hati saya. Moga keizzahan bumi tarbiyah yang pernah saya duduki selama 2 tahun lalu memberi kesan yang sama malahan lebih kepada adik-adik baru warga APIUM Nilam Puri sesi 08/09 pada kali ini..

Salam dari Kelantan..
Selasa, 1 Julai 2008,
11:07 am, BS 15,
APIUM Nilam Puri..

"JADIKAN IA SEBAGAI RUJUKAN & BUKAN SEBAGAI KENANGAN"

Tuesday, June 10, 2008

Normal @ Paranormal???

Lucu saya rasakan apabila terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini..Walaubagaimanapun Insyaallah dapat menjadi peringatan kepada diri saya juga. Tajuknya...

Arahan tutup lampu waktu rehat!!!

"SUNGKAI 15 Jun – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dikehendaki memadamkan alat pendingin hawa dan lampu pejabat pada waktu rehat makan tengah hari bagi membantu kerajaan menangani masalah ekonomi akibat kenaikan harga minyak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, selain menjimatkan penggunaan elektrik pada waktu siang, PBT juga diingatkan supaya memastikan lampu jalan hanya dipasang pada waktu malam bagi mengelakkan pembaziran.

Pada masa yang sama, katanya, kementerian turut mengarahkan semua projek pengindahan kawasan PBT, termasuk pembinaan pintu gerbang yang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada rakyat, dikurangkan.

“Kita harap PBT sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menggunakan alat elektrik seperti lampu jalan akan hanya dipasang pada masa tertentu manakala alat pendingin hawa ditetapkan pada satu suhu sahaja.

“Alat pendingin hawa perlu dipadamkan pada masa rehat tengah hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Baru Sungkai di sini hari ini.

Menurut Ka Chuan, bagi memastikan rakyat dapat terus menikmati kemudahan asas yang sempurna, kerajaan akan meneruskan projek-projek penyelenggaraan jalan raya dan longkang di kawasan yang berisiko berlaku banjir dan kemalangan.

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan PBT, beliau mengarahkan semua lawatan kerja ke luar negara dihentikan serta-merta manakala tiada jamuan besar-besaran diadakan bagi meraikan kakitangan yang bersara......"



Begitulah kita yang bergelar insan, sudah terhantuk barulah terngadah. Apabila berlaku satu kesusahan barulah beringat. Sedangkan mudah sahaja untuk melakukannya. Cuma perlukan sedikit tenaga (100 Joule pun rasanya tak sampai) untuk mengangkat jari untuk switch off. Itulah tabiat kita, namanya pun insan.. =)

Bila dah melambung bil atau menghadapi masalah, kepala mula ligat berfikir dan menuding jari ke arah yang lain sedangkan 4 jari menuju kepada
DIRI sendiri. Itulah insan.. sememangnya perlu terjadi sesuatu musibah baru beringat. Maka lahirlah pelbagai alternatif untuk mengurangkan tekanan situasi. Baguslah kerana berlakunya satu anjakan..

Exam?? Situasi yang hampir 95% berkaitan dengan tajuk juga.Biasalah..tak perlu saya ceritakan panjang-panjang (terkena batang hidung sendiri) kerana semua dah sedia maklum.. Itulah insan.. Kadangkala kita semua sudah maklum tetapi entahlah, kita sama-sama fikirlah yer..


p/s : Adakah sikap = Tabiat ???

2008 tahun untuk terus berusaha!!!

Monday, June 9, 2008

++ Let's Share my happiness ++

Alhamdulilah, 25 Mei yang lalu kakak saya selamat diijabkabulkan dan beliau sudahpun bergelar isteri. Syukur alhamdulilah majlis walimah pada 31 Mei juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dengan ini, maka bertambahlah bilangan ahli keluarga dan untuk kali ketiganya, saya menerima abang ipar dalam keluarga. Bersyukur, gembira, sedih dan pelbagai perasaan yang timbul sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas majlis..Walauapapun, saya doakan semoga kakak dan abang saya peroleh kebahagian hingga ke akhir hayat serta hidup sentiasa dalam keberkatanNya Insyaallah. So..let me show the part of the ceremony..

++ Rentetan Majlis Walimah ++

Majlis gotong-royong penduduk kampung (membersihkan ayam)

Acara memerah santan

Bawang dan rempah-ratus yang dah siap..tunggu tuk dimasak jer

Mak-mak sedara sibuk membungkus kuih-kuih tradisional untuk tetamu.

Acara melapah Mr Black..GoOd jOb pak cik!!

Anak-anak sedara : gembira btol dorang =]

Team Marhaban Kampung

Adhock edaran makanan : Cepat & Tepat

Adhock basuh pinggan : rajin btol abg2 nih!!

Adhock Gulai rias pisang : Org utara jer makan gini, laen2 ngri x..

Meja santapan Raja Sehari

My Beloved sis & my big brother: happily ever after Insyaallah

Begitulah sedikit sebanyak gambaran kenduri di kampung. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian semua yang menjayakan majlis ini tanpa mengharapkan sebarang balasan. Inilah kelebihannya bekerja secara kolektif. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hidup ibarat isi dan kuku, saling melengkapi antara satu sama lain..

ComeBaCk !!!


Hampir 2 bulan saya tinggalkan dunia blog ni..Terasa semacam kehilangan satu bahagian hari-hari dalam hidup. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulilah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama berkongsi selagi hayat masih dikandung badan.

Ketawa sahabat saya apabila melihat gambar kartun kat atas ni.. "katun sengal" katanya. Entah kenapa untuk permulaan comeback kali ni saya terasa nak publish gambar ni. Istimewanya kartun ni sebabnya kalau diikutkan umurnya dah menjangkau 21 tahun tapi masih evergreen kat kepala-kepala penggemar kartun yang mengikutinya (yang menontonnya sajala). Maksudnya si ninja-ninja ni dah sebaya dengan sayalah lebih kurang umurnya.

Banyak version cerita kartun TMNT ni, antaranya bermula dengan seorang budak lelaki bernama Yoshi (Master Splinter) membeli 4 ekor kura-kura dan kemudiannya terjadi satu peristiwa yang menukarkan Yoshi menjadi tikus manakala kura-kura tersebut menjadi kura-kura bersifat manusia akibat mutasi yang berlaku. Dilatihnya mereka menjadi ninja yang masing-masing mempunyai watak tersendiri dan kelebihan tertentu untuk menghalang serta mengurangkan kejahatan. Seperti biasa The Shredder watak jahat yang tegar menjadikan cerita ini menjadi semakin menarik untuk diikuti.

Kalau diikutkan, nak sahaja saya ceritakan setiap karenah ninja-ninja humanoid ni. Tetapi bukan niat saya begitu. Leonardo, Donatello, Michelangelo dan Raphael melengkapkan dunia animasi 21 tahun lalu menjadi kenyataan pada masa sekarang. Mana tidaknya, kesan sains dan teknologi yang pesat dan maju dapat kita rasai sekarang. Bagaimana terjadinya apabila mutasi berlaku akibat bahan-bahan kimia yang terdedah kepada haiwan dan juga manusia. 21 tahun dahulu Jepun sudah bekerjasama dengan Amerika untuk menghasilkan cerita-cerita kartun sebegini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda mereka untuk terus menghasilkan penciptaan baru pada masa akan datang.

Penghargaan kepada alam diterjemahkan dalam bentuk penceritaan kartun haiwan. Tikus, haiwan yang agak memualkan dijadikan watak yang hebat dalam TMNT ini. Yoshi atau dikenali sebagai sensei @ Master Splinter menpunyai kehebatan dalam seni pertahanan diri Ninjitsu yang berupaya melatih keempat-empat kura-kura ninja ini. Begitulah, mengetengahkan bahawa setiap yang bernyawa bukanlah sia-sia malahan setiap daripadanya adalah saling memberi dan menerima.

Begitulah sedikit sebanyak untuk comeback saya kali ini. Peringatan untuk diri saya juga, walau sekecil manapun benda atau perkara semuanya adalah berguna kepada diri kita malahan kadangkala yang kecil itulah hikmah. Teringat kata-kata seorang akak sebelum pulang bercuti dahulu, katanya "Sesungguhnya sekecil-kecil kerja itu adalah amanah"..

Mari kita sama-sama hayati maksud ayat Allah dalam Surah An-Naml..

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

19. maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."

Wallahua'lam..


Thursday, April 17, 2008

Ubat Yakin???

Melalui detik-detik yang agak menyukarkan..
Walaupun begitu marilah kita meneliti dan berfikir sejenak setiap situasi dibawah :


Situasi Y :

CLOXACILLIN SODIUM CAPSULES 250 mg
Telan DUA(2) kapsul EMPAT(4) kali sehari
Take an haur before food or on an empty stomach, at regular intervals.
Complete the prescribe course..

"cik,habiskan sume ubat-ubat ni & pastikan mengikut aturannya ya.."
"sume ni??? ".. banyaknyer..
"a'ah..kalau dah habis, datang ambil semula ok.."
"Biar betol nurse ni.." (monolog dalaman)

Situasi X:

Minyak But-But
Digunakan secara Tradisional
- sebagai minyak sapu @
- ubat urut untuk kesakitan anggota badan.

*
sebagai persediaan tradisional
*jika penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor..

Situasi S:

"Yakinlah dan tawakal Allah akan menyembuhkan segala penyakit.
Selalulah membaca selawat Syifa'..Ingatlah Allah selalu..Allahlah penyembuhnya, ubat-ubatan tu sebagai wasilahnya sahaja.."

Situasi M:

Ahh..tak boleh dilayan sangat penyakit ni. Semakin dilayan semakin sakit. Nampak macam budak-budak jer.Ini tak betul..itu pun tak betul. Menyusahkan!!

Situasi K:

"Bomoh kat kg seberang tu memang menjadi. Sekali jer kitorang pergi, esoknya dah sembuh penyakit si Minah tu. Hebat betul la bomoh tu.. bagitahu kat Ali kampung tengah tu, minta dia pergi kat bomoh tu jugak.. Tak payah menghabihkan duit dan buang masa pergi hospital.."

KESIMPULAN :


  • Begitulah situasi kita seadanya sebagai seorang insan. Tidak terlepas dari sebarang pergantungan. Semakin banyak masalah semakin tinggi kadar pergantungan kita kepada Allah. Sewaktu berborak dengan seorang sahabat.. "kenapa ek, kalau sebelum tidur kita mampu tuk baca doa..tapi bila dah terbangun terlupa pulak nak baca doa".. berfikir dan terus berfikir, sahabat saya menjawab "manusia bila nak sesuatu kita akan berusaha tuk mendapatkannya tetapi bila dapat lupa segalanya..begitulah sebelum tidur, minta dipanjangkan umur,diampunkan dosa & bila dah panjang umur terlupa pula.
  • Beberapa situasi diatas membuktikan kita perlukan usaha dan juga tawakal.. hanya bertawakal tanpa berusaha tak menjanjikan apa-apa dan juga sebaliknya.
  • Menanti saat-saat hampirnya peperiksaan akhir, kebergantungan pada Allah menjadi keutamaan disamping seiring dengan pecutan usaha yang terakhir..Semoga segala usaha diberkati Allah..
"Andai kita ditakdirkan Allah kembali di sisiNya saat ini, mampukah kita berhadapan denganNya Yang Maha Esa. Sudah bersediakah kita menemuiNya. Alangkah bahagia kita jika persediaan menghadapi akhirat kelak sehangat persediaan kita menghadapi final exam di dunia sementara ini. Ayuh sahabat, dalam kemelut peperiksaan duniawi, usah diabai peperiksaan ukhrawi. Agar tidak sia-sia kelelahan ini."
~Adikku Musfirah~


Tuesday, April 15, 2008

++ Bila diri menyembah bumi ++


Bila diri menyembah bumi
tersingkap segala episod
terbayang di kotak minda
atas apa yang berlaku
bernafas lagi di bumi Ilahi
takut..
cemas dan bimbang..
sebaliknya terjadi
tersedar diri
bila dikejut
petugas Ilahi..

Ujian..
Satu rahmat
Satu nilaian tarbiah
kejutan dari lamunan indah
buatku sedar...
aku hambaNya
yang lemah
terleka dengan habuan sementara
yang tidak menjanjikan apa-apa..

Ujian itu
satu penawar..
supaya ku faham..
supaya ku hadam
maknanya
sebuah kehidupan..

Aku mengerti
Aku memahami
kubersyukur..
atas kehendak Dia jualah
dipanjangkan skala kehidupan
untuk satu tempoh percubaan..

Kadangkala hidup ini susah..
jua mudah..
juga diantaranya..
berdiri dan terus berdiri
tanpa gusar atau bimbang..
percayalah..
terbimbing kita dijalanNya

Ku berpesan pada hati..
Segala takdir Ilahi
Hikmahnya berganda
atas segala perancangaNya
Ingatlah..
setiap aturanNya
menjanjikan terbaik untuk diri kita..

~aKu BeRnaFas KeRaNa AllaH~

Monday, April 7, 2008

Siapa ia sebenarnya??

Makhluk Allah yang yang bernama Spirulina ialah :

  • alga yang berwarna hijau biru (blue-green algae)
  • diambil daripada perkataan Latin yang membawa maksud lingkaran @ helix
  • Mengandungi kadar kepekatan kebanyakan nutrien lain yang tinggi spt Asid Amino, pigmen, enzim dan pelbagai lagi.

Seperti biasa untuk kuliah Bio of Organism, ada saja benda baru yang diperolehi.. kali ini saya nak share sesuatu yang agak menarik. Nak kenal seseorang sekalipun, mestilah tahu sedikit latar belakang orang tersebut. Jadi kali ini kita berkenalan dengan sejenis alga iaitu spirulina.

Domain : Bacteria
Phylum : Cyanobacteria
Class : Chroobacteria
Order : Oscillatoriales
Family : Phormidiaceae

Begitulah susur galur spirulina. Terkenalnya spirulina sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Kata orang, harganya sangat berbaloi dengan khasiat yang terdapat di dalamnya.

Tertarik dengan kata-kata lecturer saya. Kata beliau, selalunya habitat spirulina di tasik-tasik, sesetengahnya di kawasan yang kaya dengan garam dan kata beliau lagi sesetengahnya tumbuh di longkang-longkang dan tempat yang boleh dikatakan kita sendiri pun tidak mahu melihatnya.

Kata beliau lagi, selepas dituai dan diproses menjadi pil, minuman dan sebagainya harganya sangat tinggi hingga boleh mencecah ratusan ringgit. Selalunya fitrah kita sebagai insan umumnya menginginkan yang terbaik untuk kesihatan kita malahan sanggup berbelanja besar deminya.

Walhal jika kita selidiki, ianya berasal dari tempat yang kotor dan apabila di botolkan ia menjadi bersih dan kita terlupa semua itu. Semua pelajar terlopong apabila terdengar kata-kata
lecturer tersebut (termasuklah saya). Eh, tak perasan pula sebelum ni.. Bunyi suara-suara kecil berbisik menyatakan perasaan masing-masing.

Walaubagaimana pun janganlah kita terus berprasangka buruk kerana seburuk-buruk asalnya spirulina ini, Allah telah lengkapkannya dengan sistem yang lengkap serta sempurna untuknya. Jika tidak, mana mungkin ia menjadi salah satu daripada ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar penyakit berisiko tinggi..Subhanallah

Sila jawab soalan ini.. (sila bulatkan di dalam hati)
1. Air apakah yang paling banyak mengandungi bakteria??
a) Air mata air
b) Air barli
c) Air Tebu
d) Air Merah + biji selasih

Teringat juga kata-kata cikgu Biologi saya semasa saya di ting 5, bagi sesiapa yang meminati air tebu juga perlu berhati-hati..kenapa dan mengapa?? kata cikgu Rubiah, sistem pengangkutannya akan berfungsi dengan efisien sekali apabila ia masih hidup walaupun ia
ditanam di sekitar kawasan lumpur dan kotor airnya..akan tetapi terhenti fungsinya apabila batang tebu tadi dipisahkan dari akarnya (dituai). Cuba BAYANGkan apabila batang-batang tebu tadi dilonggok-longgok di kawasan yang berair dan kotor pula.. Bagaimana??

Batang-batang tebu tadi akan terus menyerap air kerana strukturnya yang lebih bersifat seperti span tetapi pada kali ini sistemnya sudah tidak berfungsi seperti sedia kala. Maka, tebu-tebu tadi di proses dan dijadikan minuman untuk menghilangkan dahaga di siang hari. Alhamdulilah nikmatnya..

Tetapi jangan terkejut jika setelah dibuat kajian menyatakan bahawa air TEBUlah yang paling banyak terdapat bakteria di dalamnya. Hal ini kerana apabila terpotongnya akar daripada batang tebu tadi maka hilanglah keseluruhan fungsi dan kecekapannya..
P/S : teragak-agak untuk minum air tebu selepas ini??

Wallahu'alam..
Mari kita sama-sama renungkan..

  • Kita semua sama (makhluk Allah) ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tetapi kitalah yang perlu berusaha untuk menjadikan diri kita di tahap dan peringkat mana." Binalah kemampuan diri berdasarkan kelebihan diri sendiri dan bukanlah dengan kekurangan" -Dr Fadzilah Kamsah-
  • Nikmat Iman & Islam yang diberikan.. sekali sahaja Allah tarik segala nikmat tersebut, sudah tidak bernilai diri kita walau hebat manapun diri kita..Jadi jangan sombong dengan 'HIDAYAH' yang telah diberikan..

Wednesday, March 26, 2008

Kenapa serunding??

Hari-hari berlalu seperti ada kekosongan dan kelompangan. Rindu pada keluarga serta kampung halaman tak dapat saya gambarkan tambahan pula, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak pulang ke kampung. Walaupun sekarang bukanlah musim-musim perayaan tetapi ingatan saya terhadap serunding daging buatan mak terbayang-bayang di mata. Betapa nikmatnya tidak dapat saya gambarkan.


KENAPA SERUNDING??

Tiap-tiap kali sambutan hari raya, saya selalu berbalah dengan adik dan kakak saya mengenai hal yang remeh ini. Halnya samada nak buat serunding atau gulai. Bolehlah dikatakan SERUNDING DAGING vs GULAI DAGING.. Tetapi selalunya mak akan menangkan saya dan bersetuju untuk membuat serunding daging, maka merajuklah adik-adik saya lantas menarik muka masam. Walaupun begitu mak akan buatkan juga gulai daging untuk menggembirakan adik-adik dan kakak saya. Hal yang sama juga berlaku apabila hendak putuskan samada nak buat ketupat juga ker walaupun dah buat lemang sebanyak 18 batang.. Lucu, tetapi itulah yang berlaku sepanjang hampir 5 tahun kebelakangan ini. Bagi saya ada sebabnya kenapa saya sangat menyukai dan saya ingin mengisahkannya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

KENAPA??

Oleh kerana saya sahaja yang 'bersemangat' untuk membuat serunding maka adik-adik saya sama sekali tidak membantu dalam proses penyediaannya malah mereka mengambil keputusan untuk melakukan perkara lain. Betapa rumitnya saya rasakan walaupun hanya 1 kg daging dan disebabkan itulah mereka tidak bersetuju mak untuk membuatnya. Dari merebus daging hinggalah ia empuk kemudian mericik-riciknya menjadi halus dengan tangan (part ni yang paling menyeksakan). Seterusnya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan hinggalah proses untuk memasaknya. Sepanjang proses memasak serunding (juga part yang menyeksakan) saya terpaksa mem'volunteer'kan diri untuk menggorengnya kerana sayalah yang beriya-iya, jadi sayalah yang perlu bertanggungjawab. Proses memasaknya memakan masa hampir 1 jam sehingga semuanya menjadi kering. Serunding hangit menjadi perkara yang paling saya takuti, walaupun masih boleh dimakan tetapi "feel" tu dah kurang bagi saya.

SECEBIS NIKMAT..

Yang paling best apabila dah settle semuanya dan dihidang semasa berbuka. Gembiranya adik-adik saya memakan serunding tersebut.. asalnya tak bersetuju tetapi suka pula apabila dah terhidang di depan mata. Sebenarnya saya tidak menggemari serunding kerana ia agak pedas tetapi suka membuatnya (dengan bantuan mak). Pelik tetapi itulah hakikatnya. Perasaan gembira apabila saudara mara yang datang ke rumah menikmati serunding tersebut.

Teringat kata-kata Mak semasa saya hendak pergi belajar di Kelantan. Jalan dari Kedah ke Kelantan amat memeritkan jiwa, mana tidaknya bersimpang siur dan berbukit. Tidak tahan dengan keadaan tersebut saya mengadu kepada mak. Mak saya cakap, nak ke tempat baik,begitulah..bukan mudah,nak ke Kuala Lumpur senang naik je highway terus sampai. Nak dapat kesenangan dan kegembiraan bukan mudah, kena hadapi kesusahan dahulu. Betullah apa yang mak saya cakapkan, selepas 2 tahun di sana,saya rasa semacam tidak mahu meninggalkan Negeri Cik Siti tersebut disebabkan ketenangan dan kedamaian yang terdapat disana yang sukar diperolehi di tempat lain.

Begitulah juga dengan kisah Serunding tadi, kalau tak mahu bersusah payah manakan dapat hasilnya. Kalau hendak membeli sekalipun, harganya agak mahal. Proses untuk menghasilkan serunding ni sebenarnya melatih kita untuk bersabar, kata mak. Yer tak ya juga, fikir saya. Kalau begitu kena buat serunding selalulah untuk melatih kita bersabar??

Bukan itu maksudnya, tetapi sebenarnya sifat sabar itu boleh dididik dan dibentuk. Bukan mudah untuk bersabar. Saya sendiri kadang-kala sukar untuk mempraktikkannya. Ada beberapa orang sahabat, di mana saya sangat mengagumi sifat kesabaran mereka. Bahkan sanggup bersabar dengan kerenah saya yang kadang-kala menguji "ketahanan mental" mereka..

Begitulah hidup, kena selalu ada check n balance. Bertuahnya juga hidup ini dikelilingi dengan pelbagai rencah hidup, ada yang kadang-kala terlalu manis, pahit dan tak kurang juga masinnya..Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
~Sayang Mak n Ayah~

Waallhua'alam..

Saturday, March 22, 2008

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Pada kali ini, terdorong saya untuk publishkan sebuah kisah tentang Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing. Seorang sahabat yang telah berikan saya cerita ni.. saya pernah mendengar tetapi tidaklah betul-betul menghayatinya. Jadi apa salahnya jika kita membacanya sekali lagi dan mengambil iktibar dari kisah ini.

++ Bermulalah kisah ++

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".


++ Apatah lagi kita sebagai hamba yang lemah lagi dhaif..yang menggunakan segala nikmatNya, mengharapkan ihsanNya semata-mata & tidak terbayar dengan segala ibadah yang kita lakukan ++

Waallahua'alam..

Wednesday, March 19, 2008

"Sempena Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1429 Hijrah"

Menjadi kelaziman bagi rata-rata masyarakat malaysia, untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran seseorang. Pelbagai aktiviti dibuat untuk memeriahkan sambutan itu. Dan kelangsungan dari itu juga,menjadi kelaziman bagi masyarakat islam di malaysia, untuk meyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 rabiul awal pada setiap tahun walaupun tidak semeriah sambutan hari kemrdekaan, tapi cukup untuk mengingatka kita bahawa baginda adalah rahmatan lil aýlamin.

Sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh junjungan besar kita untuk menyambut hari lahirnya, tetapi disandarkan diatas beberapa pendapat ulamaý bahawa sambutan maulidur rasul dapat menyedarkan semula ummah ini tentang perjuangan rasulullah, maka ia diharuskan. Beberapa contoh pendapat ulama'


Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.
Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.
Justeru itu, penting bagi kita umat akhir zaman ini untuk melihat kembali diri kita yang kadang kala lari dari syariat islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mengerjakan amal seharian kita. Melalui AlQuran dan sunnah serta sirah perjuangan rasulý kita menilai kembali betapa peri pentingnya kita meletakkan semula islam ditempat yang sepatutnya. Dan melalui maulidul rasul kita mengingati rasulullah dan menghayati islam itu dari perspektif yang sebenar. Mari kita sama-sama jadikan 12 rabiul awal 1429 h bersamaan dengan 20 mac 2008 sebagai satu titik tolak untuk berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada lebih bagus. Bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kita kepada rasulullah selain daripada melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah melalui rasulNya, cuba mengikuti segala sunnahnya, mahu mengkaji segala sirahnya, dan berkehandak mencontohi segala akhlaknya. Insan agung yang namanya banyak dirakamkan di dalam Aquran dan penghulu segala nabi dan rasul. Ummatnya umat terbaik di kalangan semua umat. Marilah kita semua menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar; semoga apa yang kita lakukan mendapat redho Allah dan rasulNya. InsyaAllah.

pemuda insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)"

Tuesday, March 18, 2008

++ B'Coz We LoVe Him ++

Islamik Testimonial
Dapatkan Free Testimonial DiSINI

Monday, March 17, 2008

Hidup untuk memberi..

Kini genap sebulan saya meninggalkan Kg Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Teringat saya akan kenangan & pengalaman yang kadang-kala sukar untuk diperolehi..

Tiada yang lebih menggembirakan hati ibu bapa yang telah tua melainkan mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas dari anak-anak mereka.Setelah hampir 1 minggu saya menyertai OPKIM anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan, saya mengerti dan memahami,saya dapat melihat serta nampak bahawa pentingnya hidup ini adalah untuk memberi.Sedar bahawa diri kita bukanlah hak milik persendirian bahkan adalah hak milik semua orang disekeliling kita.

Mendekati dan memahami masyarakat kampung serta keadaan sekelilingnya adalah satu pengalaman serta perasaan yang amat berharga yang tidak dapat saya ungkapkan.Menjadi cucu /anak angkat kepada seorang nenek berusia 73 tahun membuatkan saya berfikir panjang.Sampai sahaja diterataknya di Kg Tanggai,Johol menimbulkan banyak persoalan diminda saya.

KESEPIAN

Begitulah keadaannya apabila sudah tua dan ditinggalkan anak-anak kerana masing-masing sibuk mencari nafkah dibandar.Rumah ‘wan’ sedikit bising dengan kehadiran kami disusuli dengan hilai ketawa saya dan sahabat saya ‘Awe’. Berbeza dengan keadaan di rumah atuk saya di kg, rumahnya sentiasa dikunjungi serta hidup suasananya. Apabila ada waktu senggang jika tiada aktiviti yang dijalankan saya dan sahabat saya berbual-bual bersama wan sambil menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Maklum sahajalah segalanya agak berbeza termasuklah makanan sehinggalah percakapan. Bak kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”.. Menurut wan, anak-anaknya masing-masing berkerjaya serta sukar untuk pulang..Bagaimanalah keadaan wan sebelum dan selepas kehadiran kami bahkan juga dia telah mengalaminya sudah bertahun-tahun.

KASIH-SAYANG

Semasa perasmian OPKIM dijalankan, Tok Karim(Ketua Kampung Tanggai) ada memberitahu bahawa ramai penduduk di kampungnya masing-masing hendak mengambil anak angkat di kalangan kami.Saya hairan dan agak teruja. Pada hemat saya, cukuplah dengan bilangan anak yang ada di rumah kenapa perlu ditambah dengan yang baru. Andaian saya silap sama sekali, sebenarnya bukanlah bilangan yang menjadi perkiraan tetapi limpahan kasih sayang yang diutamakan. Setiap dari batang tubuh diri kita adalah berharga bagi orang disekeliling kita. Ketika saya beramah mesra dengan seorang Pak Cik, beliau memberitahu saya bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Hatta RM 1O pun yang kita berikan kepada mereka dengan penuh rasa kasih sayang itu sudah cukup bermakna kepada mereka. Bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun yang mereka idamkan tetapi kasih sayang dan perhatian yang mereka mahukan. Insaf saya mengingatkan perbualan itu kerana ketika pada saat itu pak cik tersebut sedang mengendong anaknya lelakinya yang bongsu dan itulah harapan beliau kepada anaknya kelak.

KITA SERUPA

Program motivasi yang telah di anjurkan di sebuah sekolah sedikit sebanyak memberi ruang & peluang untuk sama-sama koreksi dan mengenali diri masing-masing. Matlamat yang sama, tujuan yang juga sama malahan mempunyai latar belakang keluarga yang sama membuatkan saya memahami sedikit sebanyak perasaan adik-adik yang berusia 12 tahun ini. Perasaan yang sama ketika saya di bangku sekolah dahulu. Apa sahaja yang adik-adik tersebut luahkan terasa seperti diri saya dahulu. Begitulah keinginan dan impian seorang anak kampung yang mahukan sedikit perubahan dalam hidupnya. Insyaallah berkat hasil usaha, mereka akan berjaya serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara..

Sementara masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati nikmatNya, marilah kita sama-sama memberi dengan semaksima mungkin kerana telah banyak yang dikurniakanNya, jadi tidak salah jika kita memberi dengan seadanya..kerana kita bernafas kerana Allah..

Monday, March 3, 2008

Ada apa dengan seekor lipas..

KISAH 1 :

Setelah selesai aktiviti di awal pagi, saya menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk mengisi perut di pagi hari. Kelihatan bekas makanan yang berisi sup sayur masih tidak bersentuh. Tanpa berfikir panjang saya pun mengambil semua bekas-bekas tersebut dan meletakkannya di sinki untuk dicuci.

Alangkah terkejutnya saya apabila membuka bekas tersebut dan mendapati seekor lipas telah mati "kelemasan" di dalam mangkuk sup sayur. Kepalanya terbenam di dalam sayur manakala ekornya berada di atas. Geli serta bermacam-macam perasaan yang timbul. Begitulah riwayat seekor lipas yang akhirnya menemui ajalnya..

KISAH 2 :

Setiap Isnin dan Rabu,pukul 12 tengahari adalah kuliah untuk subjek Bio of Organism. Hari ini kami belajar tentang Phylum Antropoda. Ya..saya sangat teruja untuk kuliah pada kali ini kerana kami semua belajar tentang makhluk istimewa ciptaan Allah Taala. Terdapat banyak kelas dalam phylum ini. Serta banyaklah species yang terdapat dalam setiap kelas ini dan diantaranya ialah lipas. Pensyarah saya berkata, lipas ialah seekor makhluk tuhan yang unik. Ye ker ujar saya pada mulanya. Langsung tidak saya fikirkan. Tambahnya lagi, kita boleh menjadi kawan yang baik serta seronok mengkaji tentang setiap bahagian badan lipas terutamanya di bahagian abdomen serta pernafasannya. Lantas saya teringat tentang peristiwa "lemasnya" seekor lipas di rumah saya..

KESIMPULAN :
Setelah sekian lama saya mengenali lipas, pada hari itulah saya mengerti bahawa tiada yang di ciptakan Allah adalah sia-sia sahaja. Semua makhluk ciptaan Allah adalah sama pentingnya. Perasaan jijik serta meloyakan itu saya utamakan tanpa berfikir bahawa ia juga makhlukNya dan juga ciptaanNya. Walaupun badannya kecil hanyalah kira-kira sebesar 2 jari tangan, tetapi ia mempunyai sistem respirasi yang sangat cekap yang hampir sama dengan kecekapan respirasi manusia. Betapa rendahnya saya memandang nilai seekor lipas.Terkelu saya saya apabila pensyarah saya mengatakan sedemikian. Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari sebagai hamba Allah, bermacam-macam perkara yang berkaitan. Nilai bersyukurnya menjadi seorang insan..Mudah kita sebut tetapi payah untuk kita realisasikannya. Hidup ini bukan kekal selamanya. Entah-entah mati tanpa diduga seperti kisah lipas yang saya ceritakan tadi..Wal i'ya zubillah..

Saturday, March 1, 2008

Aku & Engkau..

Sejak kebelakangan ini, kerapkali sahabat-sahabat menegur saya akan perubahan yang berlaku.. ada yang juga tidak kurang bertanyakan bagaimana keadaan saya sekarang.Hairan menjengah di minda saya.Apakah sebenarnya yang berlaku..

Saya bersyukur kerana walaupun kekeliruan yang berlaku masih ada sahabat-sahabat yang mengambil berat ke atas diri saya. Tidak kira senang atau susah, masih ada yang sudi menerima diri saya seadanya. Walaupun kadangkala hidup ini bukanlah semudah yang di jangka tetapi berkat sokongan & dorongan sahabat yang berada di landasan perjuangan yang sama memberi kekuatan serta inspirasi untuk terus thabat dalam apa jua keadaan..

Pernahkah anda semua mendengar ukhwah kulit bawang??
Saya pernah mendengarnya, tapi entah berapa kali saya sendiri pun tak terkira..Entahlah, saya sendiri pun tidak dapat mengungkapkan makna yang tersirat di sebaliknya..ya, mungkin, atau tidak saya merasakan semuanya pernah berlaku dalam hidup kita sehari-hari.

Mafhum ayat Allah dalam surah al-Hujurat : 10
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

Saya tidaklah berniat untuk berbicara panjang mengenai hal ini, cukuplah sekadar kita ketahui bahawa sentiasa ada sahabat-sahabat yang menyayangi serta mengasihi kita seperti saudara mara mereka sendiri & juga pentingnya orang yang berada di sekeliling kita..kerana merekalah banyak pengalaman serta iktibar yang kita perolehi untuk kita terus survive di muka bumi Allah yang fana' ini..

Terima kasih sahabat-sahabat..

Sunday, February 24, 2008

Kelahiran Baru..

Assalamualaikum...
Tq banyak2 kerana sudi menjengah blog saya ni..
Sebenarnya sudah agak lama saya memendamkan perasaan untuk memiliki blog sendiri tetapi tetapi kurang keyakinan untuk memilikinya..Alhamdulillah berkat sokongan sahabat-sahabat terutamanya Yasmira,K.Lina,K.Syahadatul Hafizah serta ramai lagi maka lahirlah blog saya ni..


Melihatkan keadaan skrg yang agak suntuk waktunya kerana jadual sem ni yang agak padat serta kemudahan wireless yang sukar diperolehi membuatkan saya fikir berkali-kali kerana perasaan takut tidak istiqamah & berterusan dalam menghasilkan artikel-artikel untuk blog ini..

Walaubagaimanapun, saya paksakan juga diri saya..Kadangkala istilah keterpaksaan ini perlu juga diaplikasikan dalam kehidupan kita agar I'allah pada masa-masa akan datang ia sedikit sebanyak membantu diri saya sendiri..

Akhir kata, buatlah & sumbanglah sesuatu untuk Islam walaupun kecil..
~aKu BeRnAfaS Krn ALLAH~