CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, January 16, 2009

Asam + Garam + Gula + cili + perasa +.... = ??

Pejam celik mata, dh masuk hari ketiga proses berkempen tuk student election kali ni. Hari penamaan calon yang agak kontroversi pada 14 Jan lalu..menyaksikan pelbagai drama & lakonan yang REAL seadanya.

Pilihan Raya Kampus menjadi satu wadah untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin negara, namun agak kecewa apabila sebaliknya berlaku. Sepatutnya menjadi satu acara perayaan yang wajib disambut oleh seluruh warga kampus dan tiada sekatan-sekatan untuk student beridealisma dan mencabar diri pada usia muda ini..[ermm,macam calon berkempen pula rsnya]..walaubagaimanapun, hakikat kini yang terjadi, mahasiswa dijadikan boneka dan boleh dipermainkan sebegitu mudah untuk kepentingan diri, dan poket manusia yang merasakan diri mereka sahaja yang berkuasa di atas segalanya..


Entahlah..mungkin mereka merasakan merekalah pengarah & penerbit "drama" ini yang bisa mengarah segalanya, tetapi mereka lupa bahawa ada lagi PENGARAH DRAMA yang lebih berkuasa.

Menelusuri sirah Junjungan, konsepnya adalah sama iaitu perjuangan diteruskan walaupun terdapat mehnah yang mendatang. PRK samalah seperti sebuah peperangan. Dikuatkan dengan tunjangan Jentera, dihidupkan lagi dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi. Dikuatkan dengan tentera-tentera yang sanggup berhadapan dengan apa sahaja..


Dengan Izin Allah, sama-samalah kita saksikanlah detik bersejarah pada 19 Januari nanti.

++ HOPE & CHANGE ++
Yes We Can!!

p/s : so, apa yang akan terhasil apabila [Asam + Garam + Gula + cili + perasa +.... = ] dicampurkan??