CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 15, 2009

Al-Fatihah

>Ada apa dengan buku ini??
> Adakah saya baru membelinya??
> Hmm..Besar ertinya buku ni kepada saya. This is my 1st religous book
that i ever bought la..Buku agama yang PERTAMA!! beli masa kat Nilam Puri dulu (2 taun 1/2 yg lalu)
> Allah temukan saya dengan buku niey masa kt Nilam Puri. Itu pun, sebab
kak usrah yang minta.
> Apa Ertinya Saya menganut Islam?? Ertinya ialah Nikmat Islam yang tak
terhingga..
> Penulisnya?? Semoga Allah mencucuri nikmat ke atas roh, Fathi
Yakan yang sudah kembali kepadaNya pada 13 Jun 2009.
> Kehilangan yang besar kepada dunia Islam, tetapi sudah tiba masanya beliau kembali kepada penciptaNya..

- Al-Fatihah -

p/s : dan kita, bila pula saatnya??

Saturday, May 16, 2009

I'm surrender =p

Jawab soalan di bawah niey :
Adakah anda berkemahiran dalam arena dibawah ?
1. Sukan berkuda
2. Sukan memanah
3. Berenang

p/s : ketiga-tiga saya x ......, anda bagaimana??

Ketiga-tiga sukan ni adalah basic yang perlu ada pada diri kita as a Muslim.
Tapi memandangkan sekarang ni, nak beli kuda @ sewa pun dh habis beratus ribu. Nak ada kelengkapan memanah? apatah lagi.. berenang? sungai adala kat kampung, alhamdulilah Allah bagi free. Kalau kena bayar..agaknya (+_+) anda jawablah sendiri.

Zaman nabi dulu, ketiga-tiga kemahiran tu wajib ada kat sumer pemuda-pemudinya.Hmmm, means zaman dulu lagi advancela coz dari kecil dah ada sumer kemahiran tu. Kita? alaf yang keberapa dah, zaman moden lagi berteknologi masih lagi kurang segala kemahiran dan sebagainyalah..

Sama-samalah kita fikir..

> Kolam renang kat apartmen Avellon Tower, Manjalara <

Kolam cantik, tapi kalau tak pandai berenang.. agakla merugikan =p
p/s : berenang cara katak boley ker??

Tuesday, May 5, 2009

Semoga Tok Lang bahagia disana..Amin

"Tok Lang!!!!!!!

"Mak xbagi makan..nak makan nasik!!" (sebenarnya nasi kat umah xmasak lagi..jahat btol budak ni,sian kat mak dia)

"haaa..mai makan umah Tok Lang, nasik siap dah. Makan skali ngan Emy mai"

"hhehhehe.."

(dialog diatas ada kena mengena dengan sesiapa sahaja)
ada lagi..dan banyak lagi..

"xyah ikut Tok Lang, keta dah penuh tu.."

"nak ikut Tok Lang gak..huhuhuhu"..kata budak tersebut.

"xpala..dia kecik ja, dok atas riba pon boleh, budak2"..jawab Tok Lang tersebut.

Maka seronok tersangatlah si budak kecik itu kerana selalu dibela oleh insan bernama Tok Lang tersebut..

Kini..
Insan tersebut sudah tiada, kerana pergi menemui Penciptanya..
Terima kasih atas segalanya, budi dan jasa baik Tok Lang hanya Allah yang dapat membalasnya.
2 Mei 2009, Sabtu..

>Aku Masih Bernafas Kerana Allah<

Monday, May 4, 2009

> Islam Satu Kurniaan, bukan pilihan <

Hari ini..
menjejak ke detik baru,
melangkah ke hari baru,
meredah selaut kehidupan baru..

Selamat menempuh hidup untuk tahun yang ke 22..
Aku masih hidup hingga ke hari ini..
Dilahirkan dalam keluarga Melayu + Islam..
hidup dalam kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang,
sahabat-sahabat seperjuangan,
kakak tersayang =p

Terima kasih ya Allah..
Kau berikan aku kehidupan yang sangat bermakna..
penuh dengan lembaran berwarna-warni..

Islamku, imanku, adalah kurniaanMu yang paling bermakna dalam hidupku..
Semoga aku ditetapkan Iman dan terus berada dalam Petunjukmu..

Thanx Mom!!

> jamuan kecik-kecik sempena besday galz!! <

++ aku masih bernafas keranaMu Ya Allah ++

Thursday, April 23, 2009

Hari buku sedunia????Ada ke??


Assalamualaikum...
untuk post kali ni saya tak mau cerita panjang. Sekadar ingin berkongsi satu fakta yg diperoleh ketika brkunjung ke Pesta Buku '09 kat PWTC petang smlm. Erm...tahukah anda bila Hari Buku Sedunia?Ar..bila?bila? hehe..sy tnya sy jawab la..Jawapan : 23 April pd setiap tahun masihi =P

p/s: Penerangan gambar: Gambar buku di atas adalah sebahagian buku yg di beli oleh sy kat pesta buku.Best sgt...ngeri pun ada (**) Walaupun buku ni dh brumur 6 tahun, tp sy baru beli jer..(memng nk tungu harga dia murah pon...). Ada lg nk cerita pasal pesta buku ni.Tp kita simpan dulu..tngu post sy nanti naa...

++ aku insan biasa ++

Friday, January 16, 2009

Asam + Garam + Gula + cili + perasa +.... = ??

Pejam celik mata, dh masuk hari ketiga proses berkempen tuk student election kali ni. Hari penamaan calon yang agak kontroversi pada 14 Jan lalu..menyaksikan pelbagai drama & lakonan yang REAL seadanya.

Pilihan Raya Kampus menjadi satu wadah untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin negara, namun agak kecewa apabila sebaliknya berlaku. Sepatutnya menjadi satu acara perayaan yang wajib disambut oleh seluruh warga kampus dan tiada sekatan-sekatan untuk student beridealisma dan mencabar diri pada usia muda ini..[ermm,macam calon berkempen pula rsnya]..walaubagaimanapun, hakikat kini yang terjadi, mahasiswa dijadikan boneka dan boleh dipermainkan sebegitu mudah untuk kepentingan diri, dan poket manusia yang merasakan diri mereka sahaja yang berkuasa di atas segalanya..


Entahlah..mungkin mereka merasakan merekalah pengarah & penerbit "drama" ini yang bisa mengarah segalanya, tetapi mereka lupa bahawa ada lagi PENGARAH DRAMA yang lebih berkuasa.

Menelusuri sirah Junjungan, konsepnya adalah sama iaitu perjuangan diteruskan walaupun terdapat mehnah yang mendatang. PRK samalah seperti sebuah peperangan. Dikuatkan dengan tunjangan Jentera, dihidupkan lagi dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi. Dikuatkan dengan tentera-tentera yang sanggup berhadapan dengan apa sahaja..


Dengan Izin Allah, sama-samalah kita saksikanlah detik bersejarah pada 19 Januari nanti.

++ HOPE & CHANGE ++
Yes We Can!!

p/s : so, apa yang akan terhasil apabila [Asam + Garam + Gula + cili + perasa +.... = ] dicampurkan??