CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 23, 2010

Rendahnya diri..

Aisehh..kali ini. Insan bernama Starsyeea dengan bersemangat dan penuh iltizam memberi award kat blog saya nieh. Hmm, tak layak pon nak terima (ayat sedey)..apa-apa pun,deep from my heart, nak ucap tq la bebanyak2 sebab may be award ni untuk lebih memberi semangat kepada saya untuk terus menaip. Sekaligus memperbanyakkan entri yang sememangnya kurang teramat-amat... Tima kasih bebanyak-banyak yer Starsyeea!! (mcm nk jer gtau nm org nieh..hehehe)

Ntahla, tak pandai sangat bab2 camgini..sebab fes award (ala-ala tulisan Starsyeea *ngee*) dorang ada letakkan syarat cam kat bawah:

rulesnye as stated below....

1- Thank & link the person that gave you the award.
Done!!

2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

haaa..ni dia blogger yang bertuah!!

# K.Lina
# Yasmira

3- Contact said blogs and let them know they've won the award.

4- State 7 thing about yourself.

Ohohoho banyaknya nak kena gtau..tak menarik sangat pun..pepun layan jer la eh..
*student tahun 3 kat UM..Insyaallah..xlama dah nak grad nieh..
*addicted to Science's Journal..
*loves in taking photos..
*dah 16 taun blajaq English, tapi tak pandai2..ntahla (T_T)
*my face shows thousand feeling wahahaha
*nak jadi IBU kepada sebuah rumah Impian..doakan!!
*1 team bola jaring dah anak-anak sedaraku...

note to Starsyeea : Saya akan 'mencantikkan' blog nie, walaupun kecantikan akan pudar dek masa =). Thanks once again..

:: Aku insan biasa ::

Saturday, March 20, 2010

Pengajaran di mana-mana!! believe me!

Semasa menunggu turn lampu traffic di Stesen Universiti, terpandang seorang lelaki..wahhh, hampir menyamai seseorang yang saya kenali!! Biasalah, kisah lama terungkit kembali. Sibuk bermain-main di benak fikiran. Otak mengarahkan untuk kembali mengingati kisah silam..


Ahh..rupa-rupanya kisah tragis berada di kedudukan yang pertama!! Kisah-kisah lain di rangking kedua, ketiga dan seterusnya.. Saya belum men'delete'kan ingatan tersebut..hmmm, itu pun sekiranya saya mampu ;)

Terasa bahang..hangatnya tangan ini. Hangat lagi hati ini.. Satu jer kesalahan, takkan itu pun berkira sangat. Menghilangkan semua perkara baik yang telah dilakukan..

"For those who are not completing ur work, stand up!!"..hmmm, beranginnya sir hari nie..me?? yeay happy !! siapla..

"Kamu, Hidayah!! done ur work??"

" Yes sir"..

"Let me check.." hahahaha orang siap dah la, nak check apa lagi (rungut dalam hati)

"ok..ok..hmmm, how about this?? U r trying to cheat me??"

"hmmm, soklan mana sir"sudah..mengelabah seluruh badan!!

"no 59??"..aiseh, camner leh tertinggal plak nie..

"saya dah siapkan..", "then, kenapa tak ada jawapan??"soalnya..

"ok, everybody..nampaknya ur friend is trying to cheat me..so, sumer berbaris dan pergi ke bilik Cikgu Lan (ohh tidak, itu cikgu disiplin..)

Ahh geramnya bukan kepalang..1 jer..1 jer la!! kawan yang lain ada yang tak jawab langsung, buku pun tak dibawa..tdk pula dikira langsung.

Saya mengepalai barisan ke bilik guru disiplin..

"Cikgu Lan, depa tak siap homework!! buatla apa-apa pun kat depa ni!!" sir yg cengeng itu berkata..

"ohoohoho tak siap keja umah nooo..hang mai sini" saya dipanggil..
"ni la ketua yang tak siapkan keja ni.."


PIAPPP..PIAPPPPPPPPPPP!!!! (bunyikan sebanyak 5 kali yer)..adoiii, cuba anda bayangkan..saya orang pertama, cikgu Lan itu pun masih bersemangat lagi..sudah pastinya..ciuman pembaris besi sepanjang 50 cm itu adalah yang terhebat di awalnya..

Saya mengetap bibir..tidak mahu menangis!! Hati ini panas..saya lihat kawan-kawan yang lain mengadoi kesakitan serta diiringi tangisan manja..Saya geram, Saya cukup panas..

Sukar menerima dengan hati yang terbuka..setelah pulang ke rumah saya mengadu kepada mak yang sibuk memasak makanan tengahari..hehehehe untuk meraih sedikit perhatian..

"Mak tau dak?? tadi Sir Sharizan tu, suka-suka dia ja kata yah tak siap keja skolah yang dia bagi..pastu dia suruh Cikgu Lan tibai kami.."

"hmmm, siap ka tak" mak tak pandang pun saya..sedih =(

"satu ja tak siap..ada ka..dalam 100 soalan, soklan 59 ja yang dia nampak..soalan len tak tengok pun.."

"laa..tu maksudnya tak siap jugak!! 1 soalan pun, dikira tak jawab jugak la.." saya mencebik.

"kawan-kawan len lagilaa..ada yang tak buat langsung pun ada..benci laa camni"..saya protes!!

"Hmmm, kalau tak cukup sekupang, tak jadi seringgit..Kalau tak da 1.. tak da la 2, 3, 4..Kalau tak da 1 langkah..takkan ada langkah-langkah selepas tu.."balas mak..

Antara faham dan tidak..saya diamkan diri.. mengambil bekalan makanan yang disediakan emak serta mengatur langkah untuk ke kelas Fardu Ain..

Mak tidak menyebelahi saya!!! Hati saya sejuk kembali tanpa sebarang perasaan..Saya faham!!

Setentunya berita saya tidak menyiapkan kerja sekolah akan sampai kepada ayah, dek kerana Sir itu adalah kawan baik ayah..ohh tidak, saya akan dipaksa berhadapan dengan ayah petang nanti!!

Hmmm, saya senyum sendirian ketika memandu "WNC" untuk ke kelas..

Kadang-kala, sesuatu pengajaran datang hanya dengan sekelip mata untuk memberi peringatan tentang sesuatu..dan saya bersyukur dengan itu!!

Anda bagaimana??

:: Aku insan biasa ::

Tuesday, March 16, 2010

Sebuah ceritera itu..

Pada zaman dahulu kala, lebih kurang pada tahun 1982 la, terdapat 2 orang pemuda yang tersangat bersungguh-sungguh untuk membuktikan teori mereka kepada masyarakat umum.. mereka ini, sangat kompeten dan berdaya usaha dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Pada ketika itu, masyarakatnya ehemmm..sensitif tak nak cakap kat sini?? cakap jer la eh..masyarakatnya berparadigma konservatif dan terlalu sukar menerima pembaharuan dan idea baharu!! wah!! zaman sekarang pun ada lagi tetapi kesukarannya pada zaman tersebut adalah di level yang agak tinggi..


Kejadian demi kejadian berlaku, tetapi tiada solusi yang dapat dibuktikan be
nar..kejadian apa?? tentu tertanya-tanya kan3?? penduduk di sekitar 2 orang pemuda itu menghidapi penyakit di usus mereka..gastrik dan ulser!! tiada sebarang solusi melainkan pawang-pawang/bomoh-bomoh/dukun-dukun (DOKTOR) ketika itu menyuruh mereka berehat..kurangkan tekanan di sekeliling (STRESS)..gembira selalu serta menaruh harapan tinggi untuk sihat sejahtera.Lebih kurang macam jampi la..

Hampir berkali-kali 2 orang pemuda tersebut memberitahu pawang-pawang laen bahawa cara yang dicadangkan itu bukanlah suatu penyelesaian..akan tetapi ada penyebab laen yang menyebabkan penyakit tersebut..iaitu MIKROB!!!tetapi!!! idea dan cadangan mereka se
bulat-bulat di tolak. "There are no such thing" hmmmm..sukarnya mereka mengeluh!!

Oh tidak mengapa..2 orang pemuda tersebut berkata..let's try the new way!! pepatah Melayu ada menyatakan "Jangan menjahit baju di badan sendiri" @ "Jangan mengukur baju di badan sendiri"..tetapi itulah yang telah di lakukan oleh 2 orang pemuda tersebut..wahh satu pengorbanan untuk jangka masa yang panjang.


Sete
lah diketahui punca penyakit tersebut yang datangnya dari bakteria yang bernama Helicobacter Pylori..sedap nama =) maka setelah penat menjalankan proses demi proses, langkah demi langkah maka terhasillah 1 gelas air yang terkandungnya Helicobacter Pylori.

Takkan tengok saja gelas air tu?? Demi membuktikan teori mereka adalah benar dan sebenar-benarnya maka salah seorang dari pemuda tersebut telah meminum kandungan gelas tersebut!! sungguh mengagumkan!! kesan daripada perbuatannya itu..Hampir berminggu-minggu pemuda tersebut mengalami gastrik dan dia berusaha untuk tidak mengubati gastriknya demi membuktikan teori mereka adalah betul..

Benarlah..WALK THE TALK!!
Kini, jikalau anda ke klinik ke, hospital kerajaan mahupun Hospital Swasta pasti anda diberi antibiotik untuk mengubati gastrik @ ulser anda. Saya pasti doktor-doktor tidak akan menasihati dan menyuruh anda untuk kurangkan stress atau makan tepat pada waktu atau bergembira untuk menghilangkan gastrik anda itu =)

Sambung lagi, Cerita mengenai teori tersebut tersebar dan teori tersebut di akui be
nar maka terbitlah jurnal-jurnal dan kajian mendalam mengenainya secara meluas!!

Tahukah anda siapakah 2 pemuda tersebut, pastinya mereka adalah Mat Salleh, yang tinggal di Benua Austrilia..Barry Marshall & Robin Warren. Manusia "gila" tersebut ialah Barry, beliau sehinggalah dipujuk-pujuk isterinya untuk mengambil antibiotik untuk menghentikan gastrik tersebut..haisshh, kecintaan kepada sains melebihi isteri (i've no ideas bout this ya!!)


Sehinggalah tahun 2005, mereka di anugerahkan H
adiah Nobel dalam bidang kesihatan. 25 years!!! barulah mereka dianugerahkan Nobel Prize..untuk pengetahuan anda, Hadiah nobel hanya diberikan kepada saintis yang masih hidup sahaja , yang dah "pergi" tak dapatlah merasai saat-saat usaha mereka diiktiraf..poor them!!


So, friends out there..jom hidup dengan bahagia dan mudah-mudahan umur panjang, masih ada peluang untuk dapat Nobel Prize =)

*thanks Dr Lee atas cerita yang menarik*
*cerita ini benar belaka, tetapi sedikit tokok tambah hanyalah untuk menambahkan perasa*

p/s : benarlah, hidup adalah untuk memberi!!

:: Aku bernafas kerana Allah ::

Friday, March 12, 2010

Saya perlukan...

again..Saya perlukan cangkul, sabit, mesin rumput, parang, dan sebagainya untuk memotong serta mencantas "rumput-rumput", "pohon-pohon renek", "sawang-sawang" dan sebagainya untuk terus "menghidupkan" blog ini..

13 purnama lamanya, meninggalkan lapangan penulisan..kerana masalah-masalah diatas. Again, i'm back!!

Credit untuk [http://bintulyamin.blogspot.com/] , Sis Syea Hamsyea dan Sis lina kerana mengejutkan saya dari tidur yang panjang serta mimpi yang indah-indah..

:: ku kan terus bernafas ::