CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 16, 2010

Sebuah ceritera itu..

Pada zaman dahulu kala, lebih kurang pada tahun 1982 la, terdapat 2 orang pemuda yang tersangat bersungguh-sungguh untuk membuktikan teori mereka kepada masyarakat umum.. mereka ini, sangat kompeten dan berdaya usaha dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Pada ketika itu, masyarakatnya ehemmm..sensitif tak nak cakap kat sini?? cakap jer la eh..masyarakatnya berparadigma konservatif dan terlalu sukar menerima pembaharuan dan idea baharu!! wah!! zaman sekarang pun ada lagi tetapi kesukarannya pada zaman tersebut adalah di level yang agak tinggi..


Kejadian demi kejadian berlaku, tetapi tiada solusi yang dapat dibuktikan be
nar..kejadian apa?? tentu tertanya-tanya kan3?? penduduk di sekitar 2 orang pemuda itu menghidapi penyakit di usus mereka..gastrik dan ulser!! tiada sebarang solusi melainkan pawang-pawang/bomoh-bomoh/dukun-dukun (DOKTOR) ketika itu menyuruh mereka berehat..kurangkan tekanan di sekeliling (STRESS)..gembira selalu serta menaruh harapan tinggi untuk sihat sejahtera.Lebih kurang macam jampi la..

Hampir berkali-kali 2 orang pemuda tersebut memberitahu pawang-pawang laen bahawa cara yang dicadangkan itu bukanlah suatu penyelesaian..akan tetapi ada penyebab laen yang menyebabkan penyakit tersebut..iaitu MIKROB!!!tetapi!!! idea dan cadangan mereka se
bulat-bulat di tolak. "There are no such thing" hmmmm..sukarnya mereka mengeluh!!

Oh tidak mengapa..2 orang pemuda tersebut berkata..let's try the new way!! pepatah Melayu ada menyatakan "Jangan menjahit baju di badan sendiri" @ "Jangan mengukur baju di badan sendiri"..tetapi itulah yang telah di lakukan oleh 2 orang pemuda tersebut..wahh satu pengorbanan untuk jangka masa yang panjang.


Sete
lah diketahui punca penyakit tersebut yang datangnya dari bakteria yang bernama Helicobacter Pylori..sedap nama =) maka setelah penat menjalankan proses demi proses, langkah demi langkah maka terhasillah 1 gelas air yang terkandungnya Helicobacter Pylori.

Takkan tengok saja gelas air tu?? Demi membuktikan teori mereka adalah benar dan sebenar-benarnya maka salah seorang dari pemuda tersebut telah meminum kandungan gelas tersebut!! sungguh mengagumkan!! kesan daripada perbuatannya itu..Hampir berminggu-minggu pemuda tersebut mengalami gastrik dan dia berusaha untuk tidak mengubati gastriknya demi membuktikan teori mereka adalah betul..

Benarlah..WALK THE TALK!!
Kini, jikalau anda ke klinik ke, hospital kerajaan mahupun Hospital Swasta pasti anda diberi antibiotik untuk mengubati gastrik @ ulser anda. Saya pasti doktor-doktor tidak akan menasihati dan menyuruh anda untuk kurangkan stress atau makan tepat pada waktu atau bergembira untuk menghilangkan gastrik anda itu =)

Sambung lagi, Cerita mengenai teori tersebut tersebar dan teori tersebut di akui be
nar maka terbitlah jurnal-jurnal dan kajian mendalam mengenainya secara meluas!!

Tahukah anda siapakah 2 pemuda tersebut, pastinya mereka adalah Mat Salleh, yang tinggal di Benua Austrilia..Barry Marshall & Robin Warren. Manusia "gila" tersebut ialah Barry, beliau sehinggalah dipujuk-pujuk isterinya untuk mengambil antibiotik untuk menghentikan gastrik tersebut..haisshh, kecintaan kepada sains melebihi isteri (i've no ideas bout this ya!!)


Sehinggalah tahun 2005, mereka di anugerahkan H
adiah Nobel dalam bidang kesihatan. 25 years!!! barulah mereka dianugerahkan Nobel Prize..untuk pengetahuan anda, Hadiah nobel hanya diberikan kepada saintis yang masih hidup sahaja , yang dah "pergi" tak dapatlah merasai saat-saat usaha mereka diiktiraf..poor them!!


So, friends out there..jom hidup dengan bahagia dan mudah-mudahan umur panjang, masih ada peluang untuk dapat Nobel Prize =)

*thanks Dr Lee atas cerita yang menarik*
*cerita ini benar belaka, tetapi sedikit tokok tambah hanyalah untuk menambahkan perasa*

p/s : benarlah, hidup adalah untuk memberi!!

:: Aku bernafas kerana Allah ::

0 comments: