CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 21, 2010

Di sebalik mata kasar itu..

Subhanallah..memang sedap!! oh ada lagi kat bawah nieh..
.
.
.
.
Hmmm..ada sesapa yang tak meneguk air liur??

Kelihatan.........anda describe lah sendiri =)

Disebalik mata kasar kita, terselindung 1001 rahsia yang kadangkala sukar kita fahami.. Bukanlah entri ini bermaksud melemahkan semangat anda berkaitan makanan..tetapi perlunya berjaga-jaga dalam pengamalan seharian..

Entri ini juga bukanlah bermaksud saya terlalu obses dengan "benda ghaib" ini..hinggakan menjadi suatu kegilaan yang tersangat serta keterlaluan dalam sesuatu perkara..


Tidak salah mengingatkan..saya pasti zaman kini, semua orang makin sibuk..makanan, pakaian, rumah hatta anak sekalipun perlu diuruskan dengan pantas. Mahu makan ke restoran sahajalah..baju tak berbasuh?? Lambakan kedai dobi ada menyediakan khidmat!! tak perlu risau..anak??Nursery kan dah banyak tumbuh bagai cendawan..pelbagai khidmat disediakan untuk anak-anak..Hidup begitu mudah kini, selari dengan zamanlah katakan!!

Berbalik kepada benda ghaib yang sedikit sebanyak mempengaruhi hidup kita ini..teringat saya satu phrase ni..
"Don't underestimate the power of microbe"

Saya percaya anda juga mengetahui [sedikit, banyak sedikit, terlalu mengetahui] mengenai makhluk Allah ini..

Kalau hendak ke mana-mana restoran makanan, pilihlah yang terbaik..nak jadi darah daging kita ni. Cuba curi-curi pandang pekerjanya, jeling-jeling sedikit ke dapur, analisis dengan pantas.. Restoran tu OK ke KO?

Agak-agaklah kalau ternampak seekor tikus berlari-lari anak..tinggalkan terus!! cari yang lain.
Itu hal yang kita boleh lihat serta nampak..bagaimana dengan yang tak nampak.

Di Amerika, beribu-ribu rakyatnya "mati" (kasar tak perkataan nie??) akibat daripada penyediaan burger yang tak sempurna. Kat Malaysia kes-kes macam nie rare sangat kita dengar. Tapi kalau dengar tentang cirit birit, dirrhoea tu selalulah kan..itulah yang saya maksudkan..

Berbalik kepada cerita "makhluk halus" tadi..saya ada cerita yang agak best juga untuk dikongsi..saya rasa saya suka bercerita, apa-apa pun 'nikmati' cerita saya ini seadanya (^^,)


Bermulanya begini..

Pada zaman dulu..Mary, ada seorang pekerja yang juga sangat tekun bekerja. Seorang wanita berkulit putih, tinggal di Ireland Utara tapi berpindah ke Amerika akhirnya serta menghadapi liku-liku hidupnya di situ..

Bekerja di sebuah restoran..menjadi seorang tukang masak yang berdedikasi. Walaubagaimanapun, dalam tempoh masa yang singkat, beliau di kejutkan dengan ahli keluarganya yang sakit. Mary dengan sabar menjaga dan merawat sedara-sedaranya dengan layanan yang terbaik!! memberi makanan, minuman, ubat-ubatan..terbaeklah!!

Akan tetapi, mereka tidak sembuh-sembuh dari penyakitnya..malahan ramai lagi yang dijangkiti. Disebabkan tidak dapat berkhidmat sebagai tukang masak yang baek di situ, dia berpindah ke restoran lain untuk bekerja. Nah, hal yang sama berlaku..dia risau, dia terfikir..apalah yang sebenarnya berlaku??

Nak dijadikan cerita, ada seorang pegawai kesihatan ala-ala researcher telah membuat hipotesis awal bahawa segala penyakit nie..berpunca daripada Mary!!! oh tidak..beliau mahu Mary di diagnosiskan dan di kuarantinkan untuk 1 tempoh..

Mallon, pegawai kesihatan..bersifat prejudis terhadap Irish, disebabkan mereka adalah pendatang..(hmmmm, pendatang?? indon, vietnam, nepal..bukan tujuan menghina tetapi anda cuba describe kan mereka melalui pemerhatian anda sendiri..bagaimana??) begitulah tanggapan Mallon..disebabkan hal itu, Mary menolak untuk di ambil sampel najis serta air kencingnya.

Di pendekkan cerita, dia berjaya dikuarantinkan..akhirnya telah disahkan sebagai pembawa kuman penyakit..Demam kepialu!! setentunya anda pernah mendengar bukan? 3 tahun di kuarantinkan dan di sahkan bebas dari kuman tersebut tetapi syaratnya dia tidak boleh memasak lagi..bekerja sebagai tukang cuci tidak menjaminkan kepuasan dalam dirinya..maka dengan tekadnya kembali bekerja sebagai tukang masak di Mary Brown!!

Nah, sekali lagi..ramai yang dijangkiti penyakit ini (ishhh, degil betol)..huhuh untuk kali ini, Mary tidak lagi berjaya melepaskan diri. Beliau di tahan dan diletakkan di sebuah pulau. Terasing dari semua manusia (mesti sedih =( suami & anak-anak tak da kat sisi). Sisa-sisa hidupnya di habiskan disitu, akhirnya meninggal dalam tahanan kuarantin, terseksa dengan penyakitnya sendiri..

Part yang agak sedihla saya rasa, bilamana di kuarantin..ada pemberita yang datang untuk interview..mestilah beliau nak hidangkan minuman..makanan jauh sekali.. tetapi syaratnya mereka tak dibenarkan meminum hatta segelas air kosong pun yang telah disediakan oleh Mary sendiri. huhuhu macam mana nak hadapi hidup sebegitu??

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang "makhluk halus" nie..penting untuk kita tahu, berkaitan wabak nie. Kat Malaysia, kes-kes demam kepialu a.k.a 'Typhoid fever' nie..banyak kat Pantai timur.. so, everybody!! be careful ya.walau dimana anda makan especially restoran2, gerai2 yang tukang masaknya adalah PENDATANG!!!! watch out!!

p/s : boleh google search "Typhoid fever" untuk penambahan maklumat..ini cuma cerita yang sekadar cerita =)

p/s/s : menambahkan semangat & kecintaan terhadap in coming paper "Pathogenesis, Food microbiology & Bacteriology" next week..

"Rabbi yassir wala tu'assir.."

~ aku insan biasa~