CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 18, 2011

:: The Road that taken ::

Seorang insan..

Sabar menunggang motosikalnya di sebuah jalan besar. Beliau terus dan terus menunggang tanpa niat untuk berhenti pada mana-mana simpang atau jalan-jalan kecil yang lain melainkan di tepi jalan untuk solat di masjid dan mengisi minyak serta perutnya. Beranggapan bahawa jalan tersebut akan membawanya ke tempat yang beliau sukai dan inginkan walaupun mengalami banyak masalah (jalan berlubang, banyak lembu & kerbau melintas dll)..beliau teruskan jua perjalanannya.

Dalam perjalanan, terdetik hatinya untuk membelok ke simpang yang juga boleh membawa kebahagiaan kepada beliau. Akan tetapi, diteruskan juga menggunakan jalan besar tersebut. Sepanjang perjalanan beliau telah melihat pelbagai papan tanda yang menunjukan 'short cut' ke tempat yang di tuju.

Hati beliau sudah berbolak-balik. Akan tetapi akalnya cuba mengimbangi semula. Oleh yang demikian, beliau terus menggunakan jalan besar tersebut. "I'allah..akan sampai juga nanti, cuma lambat sikit kot". Beliau cuba menyedapkan hatinya setelah melihat 50km lagi untuk sampai ke destinasinya.

Rupa-rupanya ianya tidak semudah yang beliau fikirkan. Motosikalnya telah rosak di tengah jalan, lalu beliau terpaksa menuntun motorsikalnya melalui jalan besar tersebut. Di pertengahan jalan, beliau telah terserempak dengan seorang pak cik, lalu beliau bertanya di mana kedai baiki motor yang terdekat.

Kedai tersebut terletak 1 km di simpang ke kanan. Ohh, tanpa berfikir panjang beliau terus ke kedai tersebut. Lalu beliau tidak lagi menggunakan jalan yang asal itu. Setelah motosikalnya bernombor plat WNC 9408 itu siap, beliau telah terlihat papan tanda bahawa hanya 8 km sahaja lagi untuk sampai. Gembira bukan kepalang.

Hanya 5 km sahaja lagi beliau akan tiba ke destinasinya,tiba-tiba beliau teringat jalan besar yang membawanya selama ini. Jalan tersebut penuh dengan cabaran serta terdapat banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh di ambil foto dengan menggunakan Olympus FE-4010 kepunyaannya sementara beliau mengumpul wang untuk membeli DSLR yang terbaru.


570 m sahaja lagi beliau akan sampai ke destinasi yang dituju, beliau telah memberhentikan motosikalnya. Kesal!! hal ini kerana beliau tidak berpeluang melihat tempat-tempat menarik yang belum pernah kedapatan. Berbeza apabila beliau menggunakan jalan 'short cut' ini. Cepat sampai serta selamat, walaubagaimanapun ianya tidak begitu menggembirakan hati beliau.

Berfikir panjang..beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan yang sedia ada. Berkecamuk fikiran beliau..tetapi di gagahi juga. Tadaa..alhamdulillah beliau telah selamat sampai ke destinasinya!! Dengan penuh tabah, beliau menerima yang beliau telah pun selamat sampai ke destinasinya. Mungkin inilah jalan terbaik, walaupun keinginan yang membuak-buak untuk menempuhi cabaran di jalan besar yang satu lagi tidak padam.

Beliau berfikir lagi..masih punya kesempatankah atau tidak untuk beliau sampai dan mengembara di jalan yang satu lagi?

Beliau terus berfikir dan berfikir.
Beliau perlu teruskan hidup sementara menanti masa yang bersesuaian untuk beliau kembali menggunakan jalan yang telah di tinggalkan tadi.

Masih berkesempatankah??


"Allahumma faqihna fiddin, wa 'alimna ta'wil, wa ja'alna minal 'ulama issholihin"

:: Kerana Dia Maha Mengetahui ::