CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 9, 2008

ComeBaCk !!!


Hampir 2 bulan saya tinggalkan dunia blog ni..Terasa semacam kehilangan satu bahagian hari-hari dalam hidup. Satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulilah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama berkongsi selagi hayat masih dikandung badan.

Ketawa sahabat saya apabila melihat gambar kartun kat atas ni.. "katun sengal" katanya. Entah kenapa untuk permulaan comeback kali ni saya terasa nak publish gambar ni. Istimewanya kartun ni sebabnya kalau diikutkan umurnya dah menjangkau 21 tahun tapi masih evergreen kat kepala-kepala penggemar kartun yang mengikutinya (yang menontonnya sajala). Maksudnya si ninja-ninja ni dah sebaya dengan sayalah lebih kurang umurnya.

Banyak version cerita kartun TMNT ni, antaranya bermula dengan seorang budak lelaki bernama Yoshi (Master Splinter) membeli 4 ekor kura-kura dan kemudiannya terjadi satu peristiwa yang menukarkan Yoshi menjadi tikus manakala kura-kura tersebut menjadi kura-kura bersifat manusia akibat mutasi yang berlaku. Dilatihnya mereka menjadi ninja yang masing-masing mempunyai watak tersendiri dan kelebihan tertentu untuk menghalang serta mengurangkan kejahatan. Seperti biasa The Shredder watak jahat yang tegar menjadikan cerita ini menjadi semakin menarik untuk diikuti.

Kalau diikutkan, nak sahaja saya ceritakan setiap karenah ninja-ninja humanoid ni. Tetapi bukan niat saya begitu. Leonardo, Donatello, Michelangelo dan Raphael melengkapkan dunia animasi 21 tahun lalu menjadi kenyataan pada masa sekarang. Mana tidaknya, kesan sains dan teknologi yang pesat dan maju dapat kita rasai sekarang. Bagaimana terjadinya apabila mutasi berlaku akibat bahan-bahan kimia yang terdedah kepada haiwan dan juga manusia. 21 tahun dahulu Jepun sudah bekerjasama dengan Amerika untuk menghasilkan cerita-cerita kartun sebegini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda mereka untuk terus menghasilkan penciptaan baru pada masa akan datang.

Penghargaan kepada alam diterjemahkan dalam bentuk penceritaan kartun haiwan. Tikus, haiwan yang agak memualkan dijadikan watak yang hebat dalam TMNT ini. Yoshi atau dikenali sebagai sensei @ Master Splinter menpunyai kehebatan dalam seni pertahanan diri Ninjitsu yang berupaya melatih keempat-empat kura-kura ninja ini. Begitulah, mengetengahkan bahawa setiap yang bernyawa bukanlah sia-sia malahan setiap daripadanya adalah saling memberi dan menerima.

Begitulah sedikit sebanyak untuk comeback saya kali ini. Peringatan untuk diri saya juga, walau sekecil manapun benda atau perkara semuanya adalah berguna kepada diri kita malahan kadangkala yang kecil itulah hikmah. Teringat kata-kata seorang akak sebelum pulang bercuti dahulu, katanya "Sesungguhnya sekecil-kecil kerja itu adalah amanah"..

Mari kita sama-sama hayati maksud ayat Allah dalam Surah An-Naml..

18. Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

19. maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."

Wallahua'lam..


0 comments: