Bagaimanalah situasinya bila kita betul-betul melihat makhluk Allah ni??Rimas juga saya memikirkannya..anda bagaimana pula?? Nak tak nak, benda-benda halus ni wujud dan ada pula disekeliling kita..Tak nak terima?? terpaksa jugalah kita terima..
p/s : Gambar diatas tiada kena mengena dengan tajuk ni!! harap maaf..
Makhluk halus?? bukan hantu jer..ada lagi makhluk halus yang lebih menakutkan dari hantu. Percaya tak? Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.. Anda tahu tentang bakteria @ virus? Kalau ya,itulah yang sebenarnya saya maksudkan..
Biasalah bagi sesiapa yang belajar tentang makhluk-makhluk halus ni (Science actually) setiap kali masuk lab kena cuci tangan, buat practical dengan penuh berhati-hati, tak boleh main bantai jer..dapat result practical tak betul satu hal & satu hal yang lain pula ia adalah BERBAHAYA!!!!Terkejut juga bila saya membaca lab manual yang diberi, antaranya ialah "sesetengah mikrob boleh memberi kesan kepada manusia jadi pastikan telah diberitahu oleh pembimbing makmal"..
Risau juga, memandangkan saya akan berkawan dengan makhluk Allah ni sepanjang 2 tahun lagi..Itu hanya saya ambil kira dalam lab, bagaimana pula mikrob-mikrob di luar lab. Demam selesema itu pun salah satu daripadanya.
Saya kongsi sedikit sebanyak pengalaman memandangkan minggu ini lab baru bermula..Itulah peri pentingnya sunah Nabi,membasuh tangan sebelum & selepas makan,membaca doa selepas bersin & kesemuanya berkait rapat dengan makhluk yang sedang kita bicarakan sekarang.Banyak kelebihan makhluk ciptaan Allah ini dariapada keburukannya. Biarpun kecil tetapi memberi kesan yang mendalam terhadap suasana persekitaran. Mereka "PROACTIVE" terhadap sekeling mereka. Kita insan dan hambaNya lebih-lebih lagilah perlu bertindak lebih proaktif (muhasabah diri yang hina ini)..
Walauapapun badai yang mendatang, saya sudi menerima mikrob-mikrob ini sebagai "kawan" saya sepanjang hidup kerana "mereka" juga adalah hamba & ciptaanNya..
Nak tahu lebih banyak mengenai mereka, baca blog nih http://bakteriabaik.blogspot.com/
Kumpulan Puisi Romantis Chairil Anwar
6 years ago
3 comments:
salam, ksempatan buka la blog saya...
hem...tak banyak gambar lah tambah sikit lah rasanya
kak hidayah tambah lebih sikit ni yatul lah apa lah tk best yang lain tu k. jer tapi kena tambah lagi lah
Post a Comment