



+++ Kerana kita adalah realiti tetapi bukannya hakiki +++




Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 8:54 PM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa, Motivasi

Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 8:35 AM 2 comments
Labels: Catatan peristiwa, Motivasi
Aisehh..kali ini. Insan bernama Starsyeea dengan bersemangat dan penuh iltizam memberi award kat blog saya nieh. Hmm, tak layak pon nak terima (ayat sedey)..apa-apa pun,deep from my heart, nak ucap tq la bebanyak2 sebab may be award ni untuk lebih memberi semangat kepada saya untuk terus menaip. Sekaligus memperbanyakkan entri yang sememangnya kurang teramat-amat... Tima kasih bebanyak-banyak yer Starsyeea!! (mcm nk jer gtau nm org nieh..hehehe)
Ntahla, tak pandai sangat bab2 camgini..sebab fes award (ala-ala tulisan Starsyeea *ngee*) dorang ada letakkan syarat cam kat bawah:
rulesnye as stated below....
1- Thank & link the person that gave you the award.
Done!!
2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 10:30 AM 4 comments
Labels: Catatan peristiwa
Pada zaman dahulu kala, lebih kurang pada tahun 1982 la, terdapat 2 orang pemuda yang tersangat bersungguh-sungguh untuk membuktikan teori mereka kepada masyarakat umum.. mereka ini, sangat kompeten dan berdaya usaha dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
Pada ketika itu, masyarakatnya ehemmm..sensitif tak nak cakap kat sini?? cakap jer la eh..masyarakatnya berparadigma konservatif dan terlalu sukar menerima pembaharuan dan idea baharu!! wah!! zaman sekarang pun ada lagi tetapi kesukarannya pada zaman tersebut adalah di level yang agak tinggi..
Kejadian demi kejadian berlaku, tetapi tiada solusi yang dapat dibuktikan benar..kejadian apa?? tentu tertanya-tanya kan3?? penduduk di sekitar 2 orang pemuda itu menghidapi penyakit di usus mereka..gastrik dan ulser!! tiada sebarang solusi melainkan pawang-pawang/bomoh-bomoh/dukun-dukun (DOKTOR) ketika itu menyuruh mereka berehat..kurangkan tekanan di sekeliling (STRESS)..gembira selalu serta menaruh harapan tinggi untuk sihat sejahtera.Lebih kurang macam jampi la..
Hampir berkali-kali 2 orang pemuda tersebut memberitahu pawang-pawang laen bahawa cara yang dicadangkan itu bukanlah suatu penyelesaian..akan tetapi ada penyebab laen yang menyebabkan penyakit tersebut..iaitu MIKROB!!!tetapi!!! idea dan cadangan mereka sebulat-bulat di tolak. "There are no such thing" hmmmm..sukarnya mereka mengeluh!!
Oh tidak mengapa..2 orang pemuda tersebut berkata..let's try the new way!! pepatah Melayu ada menyatakan "Jangan menjahit baju di badan sendiri" @ "Jangan mengukur baju di badan sendiri"..tetapi itulah yang telah di lakukan oleh 2 orang pemuda tersebut..wahh satu pengorbanan untuk jangka masa yang panjang.
Setelah diketahui punca penyakit tersebut yang datangnya dari bakteria yang bernama Helicobacter Pylori..sedap nama =) maka setelah penat menjalankan proses demi proses, langkah demi langkah maka terhasillah 1 gelas air yang terkandungnya Helicobacter Pylori.
Takkan tengok saja gelas air tu?? Demi membuktikan teori mereka adalah benar dan sebenar-benarnya maka salah seorang dari pemuda tersebut telah meminum kandungan gelas tersebut!! sungguh mengagumkan!! kesan daripada perbuatannya itu..Hampir berminggu-minggu pemuda tersebut mengalami gastrik dan dia berusaha untuk tidak mengubati gastriknya demi membuktikan teori mereka adalah betul..
Benarlah..WALK THE TALK!! Kini, jikalau anda ke klinik ke, hospital kerajaan mahupun Hospital Swasta pasti anda diberi antibiotik untuk mengubati gastrik @ ulser anda. Saya pasti doktor-doktor tidak akan menasihati dan menyuruh anda untuk kurangkan stress atau makan tepat pada waktu atau bergembira untuk menghilangkan gastrik anda itu =)
Sambung lagi, Cerita mengenai teori tersebut tersebar dan teori tersebut di akui benar maka terbitlah jurnal-jurnal dan kajian mendalam mengenainya secara meluas!!
Tahukah anda siapakah 2 pemuda tersebut, pastinya mereka adalah Mat Salleh, yang tinggal di Benua Austrilia..Barry Marshall & Robin Warren. Manusia "gila" tersebut ialah Barry, beliau sehinggalah dipujuk-pujuk isterinya untuk mengambil antibiotik untuk menghentikan gastrik tersebut..haisshh, kecintaan kepada sains melebihi isteri (i've no ideas bout this ya!!)
Sehinggalah tahun 2005, mereka di anugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang kesihatan. 25 years!!! barulah mereka dianugerahkan Nobel Prize..untuk pengetahuan anda, Hadiah nobel hanya diberikan kepada saintis yang masih hidup sahaja , yang dah "pergi" tak dapatlah merasai saat-saat usaha mereka diiktiraf..poor them!!
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 10:38 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa
>Ada apa dengan buku ini??
> Adakah saya baru membelinya??
> Hmm..Besar ertinya buku ni kepada saya. This is my 1st religous book
that i ever bought la..Buku agama yang PERTAMA!! beli masa kat Nilam Puri dulu (2 taun 1/2 yg lalu)
> Allah temukan saya dengan buku niey masa kt Nilam Puri. Itu pun, sebab
kak usrah yang minta.
> Apa Ertinya Saya menganut Islam?? Ertinya ialah Nikmat Islam yang tak
terhingga..
> Penulisnya?? Semoga Allah mencucuri nikmat ke atas roh, Fathi
Yakan yang sudah kembali kepadaNya pada 13 Jun 2009.
> Kehilangan yang besar kepada dunia Islam, tetapi sudah tiba masanya beliau kembali kepada penciptaNya..
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 7:56 PM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa
"Tok Lang!!!!!!!
"Mak xbagi makan..nak makan nasik!!" (sebenarnya nasi kat umah xmasak lagi..jahat btol budak ni,sian kat mak dia)
"haaa..mai makan umah Tok Lang, nasik siap dah. Makan skali ngan Emy mai"
"hhehhehe.."
(dialog diatas ada kena mengena dengan sesiapa sahaja)
ada lagi..dan banyak lagi..
"xyah ikut Tok Lang, keta dah penuh tu.."
"nak ikut Tok Lang gak..huhuhuhu"..kata budak tersebut.
"xpala..dia kecik ja, dok atas riba pon boleh, budak2"..jawab Tok Lang tersebut.
Maka seronok tersangatlah si budak kecik itu kerana selalu dibela oleh insan bernama Tok Lang tersebut..
Kini..
Insan tersebut sudah tiada, kerana pergi menemui Penciptanya..
Terima kasih atas segalanya, budi dan jasa baik Tok Lang hanya Allah yang dapat membalasnya.
2 Mei 2009, Sabtu..
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 8:20 PM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa, Muhasabah
Hari ini..
menjejak ke detik baru,
melangkah ke hari baru,
meredah selaut kehidupan baru..
Selamat menempuh hidup untuk tahun yang ke 22..
Aku masih hidup hingga ke hari ini..
Dilahirkan dalam keluarga Melayu + Islam..
hidup dalam kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang,
sahabat-sahabat seperjuangan,
kakak tersayang =p
Terima kasih ya Allah..
Kau berikan aku kehidupan yang sangat bermakna..
penuh dengan lembaran berwarna-warni..
Islamku, imanku, adalah kurniaanMu yang paling bermakna dalam hidupku..
Semoga aku ditetapkan Iman dan terus berada dalam Petunjukmu..
Thanx Mom!!
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 11:52 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa

Assalamualaikum...
untuk post kali ni saya tak mau cerita panjang. Sekadar ingin berkongsi satu fakta yg diperoleh ketika brkunjung ke Pesta Buku '09 kat PWTC petang smlm. Erm...tahukah anda bila Hari Buku Sedunia?Ar..bila?bila? hehe..sy tnya sy jawab la..Jawapan : 23 April pd setiap tahun masihi =P
p/s: Penerangan gambar: Gambar buku di atas adalah sebahagian buku yg di beli oleh sy kat pesta buku.Best sgt...ngeri pun ada (**) Walaupun buku ni dh brumur 6 tahun, tp sy baru beli jer..(memng nk tungu harga dia murah pon...). Ada lg nk cerita pasal pesta buku ni.Tp kita simpan dulu..tngu post sy nanti naa...
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 8:37 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa
Pejam celik mata, dh masuk hari ketiga proses berkempen tuk student election kali ni. Hari penamaan calon yang agak kontroversi pada 14 Jan lalu..menyaksikan pelbagai drama & lakonan yang REAL seadanya.
Pilihan Raya Kampus menjadi satu wadah untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin negara, namun agak kecewa apabila sebaliknya berlaku. Sepatutnya menjadi satu acara perayaan yang wajib disambut oleh seluruh warga kampus dan tiada sekatan-sekatan untuk student beridealisma dan mencabar diri pada usia muda ini..[ermm,macam calon berkempen pula rsnya]..walaubagaimanapun, hakikat kini yang terjadi, mahasiswa dijadikan boneka dan boleh dipermainkan sebegitu mudah untuk kepentingan diri, dan poket manusia yang merasakan diri mereka sahaja yang berkuasa di atas segalanya..
Entahlah..mungkin mereka merasakan merekalah pengarah & penerbit "drama" ini yang bisa mengarah segalanya, tetapi mereka lupa bahawa ada lagi PENGARAH DRAMA yang lebih berkuasa.
Menelusuri sirah Junjungan, konsepnya adalah sama iaitu perjuangan diteruskan walaupun terdapat mehnah yang mendatang. PRK samalah seperti sebuah peperangan. Dikuatkan dengan tunjangan Jentera, dihidupkan lagi dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi. Dikuatkan dengan tentera-tentera yang sanggup berhadapan dengan apa sahaja..
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 4:30 PM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa, Fikir-fikirkan..
Hmmmmm..the 1429hijra was ended n the new 1430hijra already coming. Lots and lots of story are recovered in past whole year.. But the stories are not alwayz happily ever after hehehe =p (such as cinderella,puteri salju and so on)..I'm gonna makes my english will become manglish again & full of brokeng [broken + english]..

Bercerita tentang past story, banyak kisah menarik sepanjang tahun 1429h ni ataupun lebih & sangat dikenali sebagai tahun 2008. Pulang ke kampung halaman hampir sebulan lamanya..terdengar cerita-cerita warga desa yang agaknya jarang diambil pusing oleh orang ramai. Isu paling menarik adalah berkaitan harga getah. Orang2 kampung & saya yang juga budak kampung agak terkesan dengan situasi tersebut. Mana tidaknya, hampir 85% penduduknya memiliki kebun getah sebagai nasi periuk utama. Hmm, bayangkanlah RM4 per kilo getah turun mendadak dalam masa yang sangat singkat hinggalah mencecah angka RM0.80 per kilo getah.
Kapitalis? sosialis? dan beberapa sistem lain yang agaknya berat jika nak berkongsi dengan jiran-jiran tentang bobroknya sistem yang telah kita guna.
Maka kedengaranlah suara-suara yang negatif dan juga tak kurang positifnya. Terasa tersangatlah lucu bila terdengar suara-suara sumbang yang berkata "haa tengok!! apa yang PAS dah buat..", "laen kali pangkah PAS lagi..kan dah turun harga skrap(susu getah) tu..". tak kurang juga berkata.." ni semua sebab hega skrap dunia merosot dengan mendadakla tu sebab tu skrap kita turun jugak"..ada juga yang berkata " hmm,kita dah rasa hega skrap mahai dulu.. sekarang ni hega turun,biasa la tu" [memang bagusla mak cik yang cakap tu].
Sekadar mendengar dan mengiyakan kadang-kala menambah-nambah apa yang kurang tentang isu ni. Harga barang meningkat dan harga getah menurun. Eventhough harga minyak menurun tetapi ia tidaklah banyak membantu penduduk kampung. Beberapa hari lagi untuk merayakan Aidil Adha, suasana tidaklah semeriah tahun-tahun yang lepas. Ala kadar tetapi banyaklah pula lembu yang dikorbankan tahun ni. Alhamdulilah, berkat niat melakukan korban dapat membantu banyak yang kekurangan. Harga getah turun hampir 2 bulan yang lalu dan kini khabarnya naik sedikit demi sedikit. Alhamdulilah bolehla orang2 Jeneri & orang-orang yang bergelar penoreh getah lain bernafas panjang sedikit.
Peristiwa Tragedi Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan banyak kawasan lain [Akademi Islam tak ketinggalan], banjir di Pantai Timur hu3 dan tak kurang juga hujan yang agak berlarutan di negeri-negeri lain. Ujian, Test, Exam dan sebagainya kepada hambaNya yang sering terleka dan tak kurang juga tidak tersedar pun.
Apa-apa pun tahniah kepada saya, Nur Hidayah bt Abdullah sebab berjaya menghadapi ujian yang agak menggugah kesabaran. Walaupun mudah dek kata orang, tetapi agak sukar bagi yang tidak mencapai status ketinggian yang mencukupi untuk membawa sebuah motor yang bergelar EX5 dan KRIS lama yang tersangat la berat..dan akhirnya Alhamdulillah,yang saya idam-idamkan selama ini dan telahpun berada dalam genggaman saya =p
Tahniah-tahniah!! Insyallah..mari kita bersama menjadikan Tahun Baru Hijrah 1430 ni, tahun untuk lebih berusaha dan terus berusaha sehingga tercapai apa yang kita mahukan. Apa yang baik kita jadikan pedoman dan yang kurang baik dijadikan sempadan untuk di jadikan pembaris pada masa hadapan so..never let bygone be bygone. Kerana pengalaman lampau berharga pada masa hadapan okai!!
I love myself, my DEEN, my family, my friends, my PMIUM, my hometown AND u too =]
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 1:30 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa, Tasji' untuk Diri..
Alhamdulilah..bersyukur saya dipilih Allah untuk menikmati keindahan Kelantan selama seminggu ini. Bersama lebih 40 orang sahabat-sahabat dari KL & MPP JTK NP dengan membawa satu misi penting iaitu (fuhh nampak cam misi yang berbahaya jer) untuk sama-sama menjayakan MHS di Nilam Puri..
Terubat kerinduan di hati melihat keadaan di sekeliling..suasana yang masih seperti setahun lalu, jalan utamanya yang sesak dengan kenderaan, Masjid Kg Laut yang masih berdiri kukuh, gerai-gerai makanan panas masih kedapatan disana tetapi deretan gerai makanan terutamanya gerai Mokheng dah diruntuhkan. Masjid Nilam Puri yang mengalami sedikit perubahan & menjadikannya lebih luas untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.
Berlaku perubahan yang agak baik dari aspek infrasruktur APIUM NP. Pelbagai projek yang telah dijalankan & sedikit sebanyak dah merubah lanskap Nilam Puri. Perubahan yang bagus & khabarnya akan berlaku lebih banyak perubahan..Untuk pengetahuan semua sahabat x-NP, sebuah bas UM dah kedapatan disini..alhamdulilah satu nikmat kemudahan untuk adik-adik disini.
Tidak kurang juga dengan tenaga pengajar tetap APIUM NP yang masih 'maintain' seperti dulu. Ustaz Shukri, Ustaz Hazrul, Ustazah Fatimah, Ustaz Alwee, Ustaz Nasr Faroq, Ustaz Hassan.. kesemuanya menimbulkan kenangan yang nostalgik setahun yang lalu..indahnya Nilam Puri.
Pak cik guard & kak guard masih orang yang sama. Setia menjalankan amanah tugas dari dahulu hingga sekarang tanpa rasa jemu & bosan..
Begitulah sedikit sebanyak mengenai suasana Nilam Puri yang amat berbekas dalam hati saya. Moga keizzahan bumi tarbiyah yang pernah saya duduki selama 2 tahun lalu memberi kesan yang sama malahan lebih kepada adik-adik baru warga APIUM Nilam Puri sesi 08/09 pada kali ini..
Salam dari Kelantan..
Selasa, 1 Julai 2008,
11:07 am, BS 15,
APIUM Nilam Puri..
Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 11:06 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa
Alhamdulilah, 25 Mei yang lalu kakak saya selamat diijabkabulkan dan beliau sudahpun bergelar isteri. Syukur alhamdulilah majlis walimah pada 31 Mei juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dengan ini, maka bertambahlah bilangan ahli keluarga dan untuk kali ketiganya, saya menerima abang ipar dalam keluarga. Bersyukur, gembira, sedih dan pelbagai perasaan yang timbul sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas majlis..Walauapapun, saya doakan semoga kakak dan abang saya peroleh kebahagian hingga ke akhir hayat serta hidup sentiasa dalam keberkatanNya Insyaallah. So..let me show the part of the ceremony..
Team Marhaban Kampung
Adhock Gulai rias pisang : Org utara jer makan gini, laen2 ngri x..Posted by Nur Hidayah Bt Abdullah at 11:06 AM 0 comments
Labels: Catatan peristiwa