CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 3, 2008

Ada apa dengan seekor lipas..

KISAH 1 :

Setelah selesai aktiviti di awal pagi, saya menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk mengisi perut di pagi hari. Kelihatan bekas makanan yang berisi sup sayur masih tidak bersentuh. Tanpa berfikir panjang saya pun mengambil semua bekas-bekas tersebut dan meletakkannya di sinki untuk dicuci.

Alangkah terkejutnya saya apabila membuka bekas tersebut dan mendapati seekor lipas telah mati "kelemasan" di dalam mangkuk sup sayur. Kepalanya terbenam di dalam sayur manakala ekornya berada di atas. Geli serta bermacam-macam perasaan yang timbul. Begitulah riwayat seekor lipas yang akhirnya menemui ajalnya..

KISAH 2 :

Setiap Isnin dan Rabu,pukul 12 tengahari adalah kuliah untuk subjek Bio of Organism. Hari ini kami belajar tentang Phylum Antropoda. Ya..saya sangat teruja untuk kuliah pada kali ini kerana kami semua belajar tentang makhluk istimewa ciptaan Allah Taala. Terdapat banyak kelas dalam phylum ini. Serta banyaklah species yang terdapat dalam setiap kelas ini dan diantaranya ialah lipas. Pensyarah saya berkata, lipas ialah seekor makhluk tuhan yang unik. Ye ker ujar saya pada mulanya. Langsung tidak saya fikirkan. Tambahnya lagi, kita boleh menjadi kawan yang baik serta seronok mengkaji tentang setiap bahagian badan lipas terutamanya di bahagian abdomen serta pernafasannya. Lantas saya teringat tentang peristiwa "lemasnya" seekor lipas di rumah saya..

KESIMPULAN :
Setelah sekian lama saya mengenali lipas, pada hari itulah saya mengerti bahawa tiada yang di ciptakan Allah adalah sia-sia sahaja. Semua makhluk ciptaan Allah adalah sama pentingnya. Perasaan jijik serta meloyakan itu saya utamakan tanpa berfikir bahawa ia juga makhlukNya dan juga ciptaanNya. Walaupun badannya kecil hanyalah kira-kira sebesar 2 jari tangan, tetapi ia mempunyai sistem respirasi yang sangat cekap yang hampir sama dengan kecekapan respirasi manusia. Betapa rendahnya saya memandang nilai seekor lipas.Terkelu saya saya apabila pensyarah saya mengatakan sedemikian. Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan kita sehari-hari sebagai hamba Allah, bermacam-macam perkara yang berkaitan. Nilai bersyukurnya menjadi seorang insan..Mudah kita sebut tetapi payah untuk kita realisasikannya. Hidup ini bukan kekal selamanya. Entah-entah mati tanpa diduga seperti kisah lipas yang saya ceritakan tadi..Wal i'ya zubillah..

0 comments: