CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

"Sempena Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1429 Hijrah"

Menjadi kelaziman bagi rata-rata masyarakat malaysia, untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran seseorang. Pelbagai aktiviti dibuat untuk memeriahkan sambutan itu. Dan kelangsungan dari itu juga,menjadi kelaziman bagi masyarakat islam di malaysia, untuk meyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 rabiul awal pada setiap tahun walaupun tidak semeriah sambutan hari kemrdekaan, tapi cukup untuk mengingatka kita bahawa baginda adalah rahmatan lil aýlamin.

Sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh junjungan besar kita untuk menyambut hari lahirnya, tetapi disandarkan diatas beberapa pendapat ulamaý bahawa sambutan maulidur rasul dapat menyedarkan semula ummah ini tentang perjuangan rasulullah, maka ia diharuskan. Beberapa contoh pendapat ulama'


Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.
Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.
Justeru itu, penting bagi kita umat akhir zaman ini untuk melihat kembali diri kita yang kadang kala lari dari syariat islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mengerjakan amal seharian kita. Melalui AlQuran dan sunnah serta sirah perjuangan rasulý kita menilai kembali betapa peri pentingnya kita meletakkan semula islam ditempat yang sepatutnya. Dan melalui maulidul rasul kita mengingati rasulullah dan menghayati islam itu dari perspektif yang sebenar. Mari kita sama-sama jadikan 12 rabiul awal 1429 h bersamaan dengan 20 mac 2008 sebagai satu titik tolak untuk berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada lebih bagus. Bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kita kepada rasulullah selain daripada melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah melalui rasulNya, cuba mengikuti segala sunnahnya, mahu mengkaji segala sirahnya, dan berkehandak mencontohi segala akhlaknya. Insan agung yang namanya banyak dirakamkan di dalam Aquran dan penghulu segala nabi dan rasul. Ummatnya umat terbaik di kalangan semua umat. Marilah kita semua menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar; semoga apa yang kita lakukan mendapat redho Allah dan rasulNya. InsyaAllah.

pemuda insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)"

0 comments: