CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 26, 2008

Kenapa serunding??

Hari-hari berlalu seperti ada kekosongan dan kelompangan. Rindu pada keluarga serta kampung halaman tak dapat saya gambarkan tambahan pula, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak pulang ke kampung. Walaupun sekarang bukanlah musim-musim perayaan tetapi ingatan saya terhadap serunding daging buatan mak terbayang-bayang di mata. Betapa nikmatnya tidak dapat saya gambarkan.


KENAPA SERUNDING??

Tiap-tiap kali sambutan hari raya, saya selalu berbalah dengan adik dan kakak saya mengenai hal yang remeh ini. Halnya samada nak buat serunding atau gulai. Bolehlah dikatakan SERUNDING DAGING vs GULAI DAGING.. Tetapi selalunya mak akan menangkan saya dan bersetuju untuk membuat serunding daging, maka merajuklah adik-adik saya lantas menarik muka masam. Walaupun begitu mak akan buatkan juga gulai daging untuk menggembirakan adik-adik dan kakak saya. Hal yang sama juga berlaku apabila hendak putuskan samada nak buat ketupat juga ker walaupun dah buat lemang sebanyak 18 batang.. Lucu, tetapi itulah yang berlaku sepanjang hampir 5 tahun kebelakangan ini. Bagi saya ada sebabnya kenapa saya sangat menyukai dan saya ingin mengisahkannya sekadar untuk berkongsi pengalaman.

KENAPA??

Oleh kerana saya sahaja yang 'bersemangat' untuk membuat serunding maka adik-adik saya sama sekali tidak membantu dalam proses penyediaannya malah mereka mengambil keputusan untuk melakukan perkara lain. Betapa rumitnya saya rasakan walaupun hanya 1 kg daging dan disebabkan itulah mereka tidak bersetuju mak untuk membuatnya. Dari merebus daging hinggalah ia empuk kemudian mericik-riciknya menjadi halus dengan tangan (part ni yang paling menyeksakan). Seterusnya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan hinggalah proses untuk memasaknya. Sepanjang proses memasak serunding (juga part yang menyeksakan) saya terpaksa mem'volunteer'kan diri untuk menggorengnya kerana sayalah yang beriya-iya, jadi sayalah yang perlu bertanggungjawab. Proses memasaknya memakan masa hampir 1 jam sehingga semuanya menjadi kering. Serunding hangit menjadi perkara yang paling saya takuti, walaupun masih boleh dimakan tetapi "feel" tu dah kurang bagi saya.

SECEBIS NIKMAT..

Yang paling best apabila dah settle semuanya dan dihidang semasa berbuka. Gembiranya adik-adik saya memakan serunding tersebut.. asalnya tak bersetuju tetapi suka pula apabila dah terhidang di depan mata. Sebenarnya saya tidak menggemari serunding kerana ia agak pedas tetapi suka membuatnya (dengan bantuan mak). Pelik tetapi itulah hakikatnya. Perasaan gembira apabila saudara mara yang datang ke rumah menikmati serunding tersebut.

Teringat kata-kata Mak semasa saya hendak pergi belajar di Kelantan. Jalan dari Kedah ke Kelantan amat memeritkan jiwa, mana tidaknya bersimpang siur dan berbukit. Tidak tahan dengan keadaan tersebut saya mengadu kepada mak. Mak saya cakap, nak ke tempat baik,begitulah..bukan mudah,nak ke Kuala Lumpur senang naik je highway terus sampai. Nak dapat kesenangan dan kegembiraan bukan mudah, kena hadapi kesusahan dahulu. Betullah apa yang mak saya cakapkan, selepas 2 tahun di sana,saya rasa semacam tidak mahu meninggalkan Negeri Cik Siti tersebut disebabkan ketenangan dan kedamaian yang terdapat disana yang sukar diperolehi di tempat lain.

Begitulah juga dengan kisah Serunding tadi, kalau tak mahu bersusah payah manakan dapat hasilnya. Kalau hendak membeli sekalipun, harganya agak mahal. Proses untuk menghasilkan serunding ni sebenarnya melatih kita untuk bersabar, kata mak. Yer tak ya juga, fikir saya. Kalau begitu kena buat serunding selalulah untuk melatih kita bersabar??

Bukan itu maksudnya, tetapi sebenarnya sifat sabar itu boleh dididik dan dibentuk. Bukan mudah untuk bersabar. Saya sendiri kadang-kala sukar untuk mempraktikkannya. Ada beberapa orang sahabat, di mana saya sangat mengagumi sifat kesabaran mereka. Bahkan sanggup bersabar dengan kerenah saya yang kadang-kala menguji "ketahanan mental" mereka..

Begitulah hidup, kena selalu ada check n balance. Bertuahnya juga hidup ini dikelilingi dengan pelbagai rencah hidup, ada yang kadang-kala terlalu manis, pahit dan tak kurang juga masinnya..Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
~Sayang Mak n Ayah~

Waallhua'alam..

0 comments: